Dipanggil Sertai Skuad Malaysia B-19, Luqman Hakim Akui Bukan Mudah Pikat Bojan Hodak

Penjaring terbanyak kejohanan AFC B-16, Luqman Hakim Shamsudin, mengakui gelaran penjaring terbanyak tersebut bukan jaminan beliau akan mendapat tempat dalam skuad Malaysia B-19 bimbingan Bojan Hodak.

Bercakap kepada Stadium Astro, Luqman tekad pamerkan aksi terbaik dan menggadakan usaha untuk memikat barisan kejurulatihan pasukan B-19 negara menjelang Kejohanan AFF pertengahan tahun ini.

“Saya tidak katakan yakin tetapi perlu berusaha sehabis baik. Saya akan cuba ke tahap maksimum. Saya ingin membina keyakinan serta tahap kecergasan selain bekerjasama sebagai satu pasukan,” kata Luqman.

Sementara itu, Hodak berkata Luqman perlu memperbaiki tahap kecergasannya jika mahu dikekalkan dalam skuad B-19.

“Dia merupakan penjaring terbaik B-16 tetapi ini skuad B-19. Anda perlu lupakan semua yang anda capai sebelum ini. Mungkin dia akan berdepan masalah daripada segi fizikal tetapi jika anda cukup bagus, anda mampu melakukannya,” ujar Hodak.

Sesi latihan skuad Malaysia B-19 di wisma FAM. FOTO: FAM

Skuad B-19 negara akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang skuad Piala Presiden PKNS FC dan Selangor dalam misi untuk mencari 23 pemain terbaik bagi menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini.

Bagaimanapun, Bojan Hodak akui memerlukan masa yang lebih panjang untuk membentuk skuad mantap sebelum mengharungi Piala Sanix di Jepun, Mac depan.

“Kami perlu menilai mereka menerusi latihan dan perlawanan. Kami memerlukan perlawanan yang sukar supaya dapat memberikan pendedahan terbaik buat setiap pemain.

“Bagaimanapun, saya masih mempunyai banyak masa untuk menentukan senarai akhir pemain.

“Kami akan melalui dua perlawanan persahabatan sebelum berlepas ke Jepun untuk menyertai Piala Sanix.

“Kami akan berhadapan lawan yang sukar dalam kejohanan itu dan saya berharap kami dapat melengkapkan pasukan sebelum ke sana,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN