Dipanggil Saat Akhir, Saddil Ramdani Umpama ‘Perisik’ Sang Garuda

Saddil Ramdani Indonesia pahang

Pemain sayap Pahang, Saddil Ramdani akhirnya dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Indonesia bagi menghadapi Malaysia dalam aksi sulung Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Jakarta pada Khamis.

Sebelum ini, pemain yang baru berusia 20 tahun itu tidak dipanggil ke kem latihan pusat dengan pengendali, Simon McMenemy lebih fokus untuk membentuk skuad yang memiliki pengalaman luas.

Antara pemain yang dianggap berpengalaman luas olehnya adalah Andik Vermansyah, Evan Dimas, Stefano Lilipaly dan Irfan Bachdim selain beberapa pemain naturalisasi seperti Victor Igbonefo, Stefano Lilipaly, Alberto Goncalves serta Osas Saha.

“Pemain berpengalaman mampu memberikan pengalaman mereka ketika sesi latihan. Itulah sebabnya kurang pemain muda di dalam pasukan kerana kalau saya pilih pemain muda, pemain senior tiada kesempatan (untuk bersama pasukan). Saya harus mempersiapkan pasukan terbaik,” memetik kenyataanya di Bola.com.

“Mereka (pemain naturalisasi) boleh dilihat bagaimana saatnya di hotel, pemakanan mereka, persiapan diri menjelang perlawanan dan semua aspek profesional itu. Itulah sebab pemain naturalisasi dipanggil. Mereka boleh beri pengalaman itu,” tambahnya lagi.

Namun demikian, kecederaan yang menimpa seorang lagi pemain naturalisasi ketika aksi menentang Bhayangkara FC, Greg Nwokolo telah memaksa Simon McMenemy memanggil Saddil Ramdani disamping mahu memanfaatkan pengalamannya di Malaysia.

“Saddil (Ramdani) banyak beraksi untuk Pahang. Itu gila. Dia pemain muda yang berbakat. Saddil bermain baik di Malaysia.

“Saya tidak memanggilnya disebabkan mahu dia fokus bermain bersama Pahang dalam Piala Malaysia dan terdapat pemain lain yang boleh beraksi di posisinya,” jelas Simon McMenemy.

“Dia masih muda. Masih ada masa untuk berkembang. Saya rasa Saddil mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Greg,” tambah pengendali berusia 41 tahun itu lagi kepada media.

Penyertaan Saddil Ramdani turut mencuri tumpuan kerana beliau adalah satu-satunya pemain yang masih beraksi di Liga Malaysia dan ketika ditanya media, Simon McMenemy pantas mengakui yang pemain muda itu umpama ‘perisik’ kekuatan Malaysia.

“Lebih kurang begitulah. Seperti Irfan Bachdim yang pernah beraksi di Jepun dan Thailand. Jadi, dia boleh memahami permainan Chanathip Songkrasin,” jelasnya lagi.

Selepas bertemu Malaysia, Indonesia dijadualkan bakal berentap sekali lagi di Gelora Bung Karno menentang Thailand pada 10 September depan sementara Malaysia menanti kunjungan UAE.

Kredit Featured Image: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN