Dion Cools Semakin Bahagia Selepas Tamatkan Zaman Bujang

Pemain warisan, kacukan Belgium-Malaysia, Dion Johan Cools menamatkan zaman bujang dan berkahwin dengan pasangannya baru-baru ini.

Pemain skuad Harimau Malaya berusia 25 tahun itu baru-baru ini berkongsi majlis perkahwinan di dalam satu majlis – dipercayai berlangsung di sebuah gereja – melalui IG Story.

IG Story Dion Cools

Cools menamatkan zaman bujangnya bersama Melissa Schelfhout – wanita yang dilamarnya pada Januari lalu.

Pasangan ini sudah mempunyai seorang bayi lelaki bernama Liam-Zayn Cools yang lahir pada 6 Mei lalu.

Dion Cools pemain kelahiran Kuching, Sarawak dan ibunya adalah warganegara Malaysia.

Bapanya pula berasal dari Belgium, dan pemain itu turut pernah bersama akademi bola sepak Anderlecht sebelum memulakan karier profesionalnya bersama OH Leuven.

Dion Cools pernah tampil 28 kali bersama pasukan belia Belgium sebelum memutuskan untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya selepas dipujuk oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) – yang merupakan pemilik JDT.

Cools membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila mereka tewas 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun lalu di Dubai.

Beliau terus mendapat kepercayaan jurulatih skuad kebangsaan yang baharu, Kim Pan-gon untuk posisi bek kanan pasukan Harimau Malaya selepas selepas Tan Cheng Hoe meninggalkan posisinya bersama pasukan negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN