Dion Cools Sebenarnya Alami Kecederaan Serius Bersama Midtjylland

Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Dion Cools tampil memberi pejelasan mengenai ketiadaannya bersama skuad Harimau Malaya sehingga terpaksa digugurkan kali ini.

Pemain kacukan Malaysia-Belgium itu pada mulanya menjadi antara pemain yang berada di dalam senarai awal skuad Harimau Malaya untuk kem latihan pada jendela perlawanan antarabangsa Oktober ini.

Pemain berusia 25 tahun kelahiran Kuching, Sarawak itu bagaimanapun digugurkan dari menyertai pasukan negara dengan alasan mengalami kecederaan.

Tahap kecederaan pemain itu menjadi tanda tanya peminat bola sepak nama air apabila nama Dion Cools tetap tersenarai di dalam senarai skuad FC Midtjylands berhadapan Aarhus Gymnastikforening (AGF) di dalam aksi Liga Denmark pada malam tadi.

Malah bekas pemain Club Brugge itu turut beraksi dari bangku pemain simpanan selama 10 minit untuk membantu pasukannya menang 4-0 ke atas AGF.

Cools alami kecederaan serius

Tampil untuk menjernihkan keadaan, Dion Cools memuat naik satu kenyataan di laman Instagram miliknya pada hari ini.

“Semua pihak harus tahu betapa bangganya saya bermain untuk Malaysia. Ia dalah satu penghormatan yang besar dan saya mengambil perkara itu dengan serius,” kata Cools.

“[Kini] semua orang mempersoalkan ketiadaan saya di kem latihan negara. Oleh itu, izinkan saya menjelaskan perkara sebenar.

“Saya [sebenarnya] telah mengalami kecederaan yang serius/retak dan tidak beraksi secara 100% sejak mengalami kecederaan.

“Pihak kelab dab diri saya sendiri telah bersetuju untuk menggunakan tempoh masa rehat [jendela perlawanan antarabangsa] untuk melakukan proses pemulihan.

“Malang sekali, ini juga bermakna saya terpaksa melupakan dua perlwanan bersama pasukan kebangsaan. Tetapi saya berharap semua pihak faham dan menghormati keputusan saya.”

Tan Cheng Hoe sahkan perkara sama

Dalam sidang media bersama Ketua Jurulatih Harimau Malaya pada siang tadi, Tan Cheng Hoe turut mengesahkan perkara yang sama.

“FAM telah menerima makluman secara rasmi daripada pengarah sukan kelabnya bahawa Dion Cools mengalami kecederaan pada tulang pelvis dan ketua perubatan kelabnya meminta pemain berkenaan dikecualikan daripada panggilan skuad kebangsaan kali ini untuk dia dapat terus bersama dengan kelab bagi melakukan proses pemulihan supaya dapat kembali ke tahap sebelumnya,” jelas Tan Cheng Hoe.

“Itu maklum balas yang kita terima. Jadi kita tak boleh nak buat andaian yang bukan-bukan kerana ia adalah maklum balas secara rasmi daripada kelabnya kepada FAM.

“Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa kita tidak membawa Dion Cools ke Amman, Jordan dan sudah tentu dia belum pulih seratus peratus daripada kecederaannya itu.

“Memang satu kerugian kepada skuad kebangsaan tetapi sudah tentu kita mahukan setiap pemain itu berada pada tahap seratus peratus cergas dan bebas kecederaan.

“Ramai juga yang bertanyakan, kenapa dia boleh diturunkan pada perlawanan malam tadi bersama kelabnya. Kita tahu yang beliau dimasukkan pada 10 minit terakhir permainan itu adalah sebagai sebahagian daripada proses pemulihan untuk dia kembali mendapatkan semula tahap kecergasan terbaiknya.

“Jadi untuk kem latihan pusat kali ini, memang kita tidak akan menggunakan khidmat Dion Cools supaya beliau dapat meneruskan proses pemulihan kecederaan bersama kelabnya dan kita berharap apabila dia sudah pulih sepenuhnya nanti, kita akan dapat kembali menggunakan khidmatnya pada masa akan datang.”

Jadual Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya akan berhadapan Jordan pada 6 Oktober, dan Uzbekistan tiga hari kemudian.

Seramai 22 pemain telah dibawa ke Jordan untuk dua perlawanan persahabatan tersebut, sebagai sebahagian dari persiapan untuk berhadapan Piala AFF Suzuki pada Disember ini.

Pasukan negara bakal berhadapan tugas berat di dalam kejohanan tersebut apabila turut diundi bersama-sama seteru utama, Vietnam dan Indonesia di dalam Kumpulan B.

Dua lagi pasukan yang turut berada di dalam kumpulan yang sama adalah Kemboja dan Lao

Dalam sidang media yang sama Tan Cheng Hoe turut mengesahkan semua 22 pemain yang terbang ke Jordan berada pada tahap terbaik masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN