Dion Cools Beri Pandangan Sinis Tentang Jersi Baharu Harimau Malaya?

Kapten Harimau Malaya iaitu Dion Cools tampil memberi pandangan tersendiri mengenai rekaan jersi terbaharu skuad Harimau Malaya yang kini telah mendapat sentuhan daripada jenama sukan terkenal, PUMA.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sah menandatangani kerjasama selama empat tahun dengan syarikat itu dalam usaha memperkasakan bola sepak negara.

“Era baharu bola sepak Malaysia telah dilancarkan secara rasmi hari ini dengan PUMA Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memeterai kerjasama empat tahun yang cukup penting pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di PUMA Flagship Store di Sunway Pyramid Mall.

“Kerjasama ini mengukuhkan peranan PUMA sebagai rakan pakaian rasmi Harimau Malaya dan mengukuhkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memajukan bola sepak di Malaysia,” jelas FAM di media rasmi mereka.

Seusai majlis pelancaran tersebut, pelbagai komen diberikan oleh para peminat skuad Harimau Malaya mengenai rekaan jersi itu dengan ada sebahagian tampil tidak begitu menyukainya.

Menurut Cools di Tiktok Futbolita, beliau menyatakan ada beberapa rekaan jersi lain pada pandangannya jika dibandingkan corak terkini pada pakaian rasmi skuad negara.

“Secara peribadi, saya mungkin mempunyai beberapa jersi yang lebih baik lagi. Tetapi secara keseluruhan saya fikir ia adalah hitam dan putih jadi ia bermaksud Malaysia.

“Tetapi saya fikir secara keseluruhan mungkin orang mengharapkan sesuatu yang berbeza,” ujar pemain Buriram United tersebut mengenai jersi baharu negara.

Pada masa sama, Cools turut tampil memberi pandangan tersendiri mengenai kehadiran jurulatih baharu Harimau Malaya iaitu Peter Cklamovski.

“Ya ia telah menjadi banyak perubahan baru kebelakangan ini dan saya belum mendengar mengenai sesiapa lagi, jadi saya tidak sabar untuk aksi pada Mac akan datang apabila panggilan seterusnya tiba.

“Dan kemudian, melihat bagaimana keadaan semua orang, kakitangan baharu dan segala-galanya dan saya menantikannya serta saya fikir kami telah melakukannya dengan baik beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tetapi ini mungkin boleh meletakkan kita mungkin pada satu langkah ke hadapan untuk masa depan. Jadi saya menantikan projek ini dan tidak sabar melihat semua orang, jadi kita akan lihat,” ulas beliau lagi.

Sebelum itu, Cools memastikan Buriram United terikat seri 0-0 bersama wakil kelab dari Singapura iaitu Lion City Sailors ketika pasukan dari Thailand itu menghadapi aksi keempat Kumpulan B di pentas ACC Shopee Cup 2024/2025.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN