Dion Cools: Belum Ada Panggilan Daripada Harimau Malaya Setakat Ini

Dion Cools Astro Arena

Nama yang sudah tidak perlu diperkenalkan ketika ini, Dion-Johan Cools, seorang pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium yang sudah beberapa kali dikaitkan dengan penglibatan bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.

Walaubagaimanapun, ketika bercakap kepada Astro Arena melalui temubual ekslusif bersama Edleen Ismail semalam, Dion Cools menjelaskan sebenarnya belum ada tawaran konkrit untuknya kembali mewakili Harimau Malaya sehingga kini.

Pemain bek kanan yang kini beraksi bersama FC Midtjylland di Danish Superliga itu bagaimanapun mengesahkan yang beliau berminat untuk mempertimbangkan jika ada tawaran daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuknya kembali.

“Sudah tentu saya berminat. Sehingga kini, saya belum terima tawaran rasmi sebenarnya. Jadi, saya tidak perlu membuat sebarang keputusan setakat ini. Sudah tentu saya akan mempertimbangkan untuk mewakili Malaysia.

“Sebabnya, saya berbangga memiliki separuh darah Malaysia dan separuh darah Belgium. Sangat mengujakan menerima sokongan daripada rakyat Malaysia yang selalu memberikan komen dan mesej kepada saya untuk mewakili Malaysia.

“Tetapi selagi saya tidak mendapat tawaran, saya tidak perlu memikirkannya dan ia tidak mendatangkan tekanan buat saya,” katanya yang kali terakhir kembali ke Malaysia untuk melawat saudara maranya sekitar tahun 2018 yang lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu turut menjelaskan mengenai hubungannya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila telah dikaitkan dengan perpindahan ke juara liga super enam kali itu sebelum sepak mula Liga Malaysia 2020, Februari lalu.

“Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang rasmi [tawaran]. Ia hanyalah satu hubungan persahabatan di mana saya berpeluang bercakap bersama Tengku Mahkota Johor [TMJ], jadi ianya sangat bagus,” jelasnya yang turut berminat berkunjung ke sana.

“Tetapi, tidak ada perbincangan yang benar-benar mengenai aspek bola sepak. Ia hanya perbualan mesra dan juga mengenai keadaan bola sepak di Eropah,” tambahnya yang telah mewakili Belgium di semua peringkat usia kecuali skuad senior.

Adakah Tan Cheng Hoe akan mempertimbangkan untuk memanggil pemain berdarah kacukan ini pada masa akan datang? Berdasarkan perbualan tersebut, tampaknya ada minat di pihak Dion Cools untuk kembali mewakili Harimau Malaya.

KREDIT FEATURED IMAGE: ASTRO ARENA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN