Bekas penyerang lincah BG Pathum, Diogo Luis Santo secara rasminya menyertai kelab gergasi Liga Malaysia musim hadapan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus memperkukuhkan serangan kelab tersebut.
Diogo bukan lagi satu nama asing, selepas beliau pernah menyertai JDT pada beberapa tahun lalu bersama impak yang sangat positif buat kalangan penyokong Liga Malaysia (Liga-M).
Someone dropped by last night!#WelcomeHome#Diogo#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/VSwT2z4XQW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 4, 2023
Pengesahan itu dibuat sendiri menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers (JST) sebentar tadi dengan mempamerkan video pemain tersebut di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Musim lalu menyaksikan Diogo telah pun beraksi dalam saingan Thai League 1 bersama BG Pathum dan telah mencipta impak tersendiri bersama pasukan tersebut menerusi kelincahan dan ketajaman beliau di hadapan gol.
Bekas penyerang skuad kebangsaan Brazil bawah bawah 20 (B-20) ini bakal berpasangan bersama dua lagi rakan sepasukan beliau di bahagian serangan iaitu Bergson da Silva dan Fernando Forestieri.
Umum diketahui gandingan antara Bergson dan Forestieri merupakan senjata utama yang menjadi sesuatu sangat digeruni oleh mana-mana pertahanan lawan pada musim ini.
Malah, kehadiran Bergson dan Forestieri bersama JDT bukan sahaja memberi impak besar dalam saingan domestik, ianya turut terbukti ketika saingan AFC Champions League (ACL), sehingga melayakkan pasukan tersebut mara ke pusingan 16 terbaik.
FT | 🇰🇷 Ulsan Hyundai 1-2 Johor Darul Ta'zim 🇲🇾
🐾 A couple of stunning strikes from JDT's star duo 🐅🐅 Fernando Forestieri and Bergson sees them come out on top in the battle of the tigers!
#ACL2022 | #UHDvJDT pic.twitter.com/rbgeDscYby— #ACL (@TheAFCCL) April 18, 2022
Ketika ini menjadi persoalan buat penyerang kebangsaan negara iaitu Syafiq Ahmad yang pastinya akan berdepan suatu lagi cabaran hebat buat dirinya pada musim hadapan untuk bersaing merebut tempat.
Tiga gandingan penyerang import tersebut pastinya akan terus membataskan Syafiq untuk mendapatkan minit permainan, sekiranya beliau tidak terus bekerja keras dalam sesi latihan.
Tambahan pula, kedudukan Syafiq bersama skuad kebangsaan untuk beberapa kejohanan atau aksi persahabatan negara juga mungkin akan terbatas, jika beliau gagal memberi impak bersama pasukan.
Apapun, ini merupakan sesuatu yang bagus untuk Syafiq jika dilihat secara positif situasi terkini dalam senarai pemain JDT musim hadapan.
Ia akan terus menjadikan Syafiq untuk tidak terus berasa selesa bersama JDT dan sikap berusaha akan terus ditanam dalam diri pemain tersebut untuk terus mengeluarkan segala potensi diri jika ingin kekal relevan.
Apapun, JDT terus tampil selaku salah sati pasukan yang sangat bersedia untuk saingan musim hadapan menerusi pelan yang dibuat mereka lebih awal untuk menandatangani pemain baharu.
90+3’ GOL | Syafiq Ahmad memastikan kemenangan JDT dengan gol ketiga!@OfficialJohor 3-1 @SabahFCofficial #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/dJLoYaYG00
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 20, 2022
Persoalannnya kini, siapa pemain baharu JDT yang akan diumumkan kelak pada musim hadapan dalam masa terdekat ini?