Musim ini merupakan satu musim yang tidak begitu baik buat pasukan Pulau Pinang?
Mereka memerlukan hampir 10 perlawanan liga untuk peroleh kemenangan pertama, terlepas slot untuk ke Piala Malaysia dan juga masih lagi tercari-cari rentak untuk mengekalkan status mereka sebagai pasukan Liga Super.
Penyokong Pulau Pinang sejak awal musim nyata tidak gemarkan persembahan 2 pemain import mereka iaitu Diogo Ferreira dan juga Andrew Russell.
Mereka sering dikatakan sebagai pemain yang tidak beraksi dengan baik setiap kali perlawanan melibatkan Pulau Pinang.
Masa untuk pergi?
Menurut sumber, nama Diogo dan Andrew menjadi sasaran bakal disingkirkan dari skuad Pulau Pinang.
Pihak Pulau Pinang FA telah dikatakan bersetuju untuk menyingkirkan 2 pemain ini dan membawa masuk pemain import baharu bagi meneruskan baki saingan Liga Super.
Hal ini menepati ramalan apabila Zainal Abidin Hassan memberi bayangan mahu membawa pemain import baharu untuk menguatkan pasukan Pulau Pinang.
Kontrak Diogo dan Andrew bakal ditamatkan selepas mereka sering beraksi di bawah par serta kerap mengalami kecederaan.
Jadi siapakah pemain baharu bakal dibawa masuk?
Baca juga: Adakah Perak Cuma Berbangga Dengan Rekod Lampau Tak Pernah Turun Liga?