Kejayaan Bayern Munich menjuarai trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20 awal pagi tadi dilihat turut menggembirakan pemain Marseille, Dimitri Payet dan para penyokong kelab itu
Hal ini kerana, para peminat kelab Ligue 1 tersebut telah meraikan kejayaan Bayern Munich menewaskan seteru utama mereka, Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi final yang berlangsung di Estadio da Luz, Lisbon.
Para penyokong kelab yang menamatkan saingan musim 2019/20 di tangga kedua liga itu ‘meraikan’ kekalahan PSG dengan berhimpun di jalanan serta bersorak gembira melihat ‘projek mega’ diketuai Nasser Al-Khelaifi tersebut masih belum mampu memberikan hasil di pentas Eropah.
« Ils sont où les Parisieeeeeeeeeens ? » Les supporters de l’#OM partent faire la fête sur le Vieux Port #UCLfinal #LiguedesChampions #Marseille #PSGBayern #PSG @20Minutes pic.twitter.com/WUONdN7cxG
— Jean Saint-Marc (@JeanSaintMarc) August 23, 2020
Video sambutan para penyokong Marseille seolah-olah mereka yang menjuarai kempen UCL itu juga kelihatan tular di laman Twitter dan Youtube.
Sementara itu, Payet juga ‘membahan’ PSG dengan satu video dimuatnaik di laman Twitter peribadinya dengan meletakkan logo PSG yang seakan-akan mempunyai satu bintang [kejuaraan UCL] pada jersi kelab itu.
Namun, sebenarnya bintang tersebut datangnya dari logo Marseille yang diletakkan di bawah jersi PSG. Memang nakal sungguh provokasi daripada pemain tengah berusia 33 tahun ini.
Une histoire ⭐️
Un club @OM_Officiel
Une ville @marseille #AJamaisLesPremiers pic.twitter.com/5cbhGfbT2H— Dimitri Payet (@dimpayet17) August 23, 2020
Perseteruan kelab yang mewakili dua bandar besar di Perancis [Paris dan Marseille] itu digelar ‘Le Classique’ dan api permusuhan mereka sudah wujud sejak tahun 1980-an lagi.
Payet dan penyokong Marseille pastinya mampu berbangga dengan pencapaian kelab tersebut di pentas Eropah apabila menjadi satu-satunya pasukan dari Perancis yang berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Ironinya, Marseille muncul juara edisi 1992/93 selepas berjaya menundukkan AC Milan 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Munich hasil jaringan pemain pertahanan, Basile Boli pada minit ke-43.
Marseille yang ketika itu mendapat bimbingan mendiang Raymond Goethals, telah diperkuatkan dengan pemain-pemain hebat seperti Didier Deschamps, Rudi Voller, Marcel Desailly, Abedi Pele, Fabian Barthez dan ramai lagi.
Kredit featured image: Adam Pretty/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai kejayaan Bayern Munich muncul juara UCL 2019/20: