Bagaimana Dimitri Payet Menyara Hidup Ketika Diberi Kontrak Amatur: Bekerja Di Kedai Kain

Pada harga £10.75 juta, tak keterlaluan untuk kita katakan Dimitri Payet merupakan salah satu pembelian paling berbaloi dalam Premier League pada musim ini.

Meskipun dibelenggu masalah kecederaan pada pertengahan musim, Payet masih mampu menyumbang 6 gol, 5 assists untuk West Ham dalam 16 perlawanan yang disertainya.

West Ham kini berada di tangga ke-5 liga.

Dimitri Payet dibawa masuk ke West Ham selepas mengharungi musim yang cemerlang di Marseille. Di sana beliau muncul sebagai pemain yang paling banyak mencipta peluang gol di Eropah.

Tetapi perjalanan beliau untuk menjadi pemain bintang dalam liga paling popular di dunia sebenarnya tidak bermula dengan mudah.

Masalah disiplin Payet

Ketika Payet masih bergelar pemain remaja, beliau terkenal dengan masalah disiplin. Banyak kelab Perancis tidak mahu menawarkan kontrak kepada Payet walaupun beliau berbakat.

Payet bernasib baik kerana FC Nantes masih percayakan bakatnya untuk menawarkan kontrak.

Tapi dengan satu syarat – dia hanya menerima kontrak amatur 2 tahun dan perlu membuktikan dirinya di liga ke-4 Perancis bersama pasukan simpanan.

Situasi ini memaksa Payet untuk mengubah sikapnya. Ini kerana, kontrak amaturnya hanya membayar €75 seminggu.

Bekerja di kedai kain

Untuk menampung belanja, Payet mengambil kerja sambilan di kedai pakaian di Nantes seperti yang boleh dilihat dalam video di bawah. Ketika ini usianya baru 18 tahun.

Payet bekerja pada waktu pagi sebelum pergi ke latihan pada waktu petang.

Dimitri Payet Bekerja Sambilan Di Kedai Pakaian (2005)Ketika masih muda, Dimitri Payet (West Ham) terpaksa membuat kerja sambilan di kedai pakaian untuk menyokong impiannya menjadi pemain bola sepak pro.Apa yang kita lakukan untuk kejar impian kita? #SemuanyaBOLAhttp://semuanyabola.com/dimitri-payet-bekerja-sambilan-kedai-pakaian/

Posted by Semuanya BOLA on Monday, August 10, 2015

Perubahan disiplin dan sikapnya disedari oleh jurulatih skuad simpanan Nantes. Dalam masa 4 bulan selepas bermain di peringkat amatur dan bekerja di kedai kain, Payet terus diberi peluang bermain dalam skuad senior.

7 bulan berikutnya, selepas hampir setahun bekerja di kedai kain, Payet sah bergelar pemain profesional apabila ditawarkan kontrak 3 tahun.

Kini 10 tahun selepas bergelar pemain amatur dan pekerja kedai kain, Payet kini merupakan anggota tetap skuad kebangsaan Perancis.

Pengurusnya di West Ham, Slaven Bilic pula menganggap beliau setaraf dengan Mesut Ozil.

Apa yang dilalui Payet perlu dipelajari oleh pemain-pemain muda kita. Disiplin, kerja keras dan bakat adalah resepi untuk menjadi pemain berjaya seperti Dimitri Payet.

Baca juga: Mohammed Salim: Pemain India Pertama Yang Bermain Di Eropah, Dengan Berkaki Ayam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN