Bermula dengan satu kemaskini status oleh Renan Alves semalam, timbul spekulasi bahawa pertahanan tengah itu bakal meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Sebelum ini Semuanya BOLA ada mengeluarkan artikel betapa benteng Kedah melalui gelora berikutan kehilangan beberapa tonggak utama mereka musim depan.
Bermula dengan pengunduran diri bek kiri Azmeer Yusof di permulaan musim, Kedah seterusnya kehilangan Shakir Hamzah, Khairul Helmi Johari, Irfan Zakaria, Alif Yusof dan Norfiqrie Talib. Boleh dikatakan mereka kehilangan tonggak di benteng.
Ironinya, Kedah bakal bersaing di saingan Piala AFC 2021 dan barisan pemain-pemain itulah yang berjaya membawa mereka ke sana. Mereka juga merekodkan ratio bolos terbaik sepanjang lima musim selepas kali terakhir melakukannya pada 2016.
Segalanya sedikit janggal apabila selepas senarai 23 pemain musim depan telah diumumkan menerusi laman Facebook Kedah Darul Aman FC, nama Renan Alves masih belum muncul. Berbaki dua pemain – jika benar hanya 25 pemain akan daftarkan, siapa lagi pemain yang Kedah masih belum umumkan?
Aidil Sharin Akui Jika Diberikan Peluang, Beliau Mahukan Anumanthan Mohan https://t.co/VLb4k24Jnz pic.twitter.com/AwV3VMwuVG
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 20, 2020
Ini termasuklah pemain import yang dipancing dari UiTM FC, Rabih Ataya dan seorang pemain untuk kouta ASEAN. Semuanya BOLA pada awal menjangkakan Kedah akan senaraikan lebih 25 pemain berbanding perancangan awal mereka itu.
Minggu lalu, terdapat khabar angin skuad Hijau Kuning sedang cuba membawa masuk pertahanan import baharu iaitu pemain skuad kebangsaan Iraq, Rebin Sulaka untuk posisi Renan Alves. Selain pemain kacukan Iraq-Sweden itu, terdapat beberapa lagi calon pertahanan tengah baharu sedang diintai dan dirisik oleh mereka.
Mungkin Renan Alves belum mencapai kata sepakat mengenai pengurangan gaji untuk musim depan. Kedah pada penghujung musim lalu ada memberikan isyarat bakal membuat pengurangan gaji untuk musim 2021 berikutan masalah tunggakan gaji.
Sanusi Sedia Jadi Presiden KFA, Mahu Kaji Kontrak Yang Membebankan https://t.co/d6JzfuvBzy pic.twitter.com/naMvUDWCPi
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 26, 2020
Beberapa hari lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor bagi pihak KDA FC menyatakan yang skuad Kedah sudah lengkap 99 peratus untuk musim depan. Katanya di sidang media, “Saya tidak mahu mendedahkan lagi senarai nama pemain termasuk ‘awang import’ kerana akan ada kejutan.”
Adakah benar Renan Alves akan turut tinggalkan Kedah sebagaimana rakan-rakan lain yang sebelumnya? Jika benar, ia satu rombakan besar di benteng mereka.
KREDIT FEATURED IMAGE:
Baca lagi artikel lain mengenai Renan Alves dan Kedah Darul Aman:
Pengganti Khairul Helmi Dikenal Pasti, Tapi Benteng Kedah Tetap ‘Bergelora’
Struktur Benteng Kedah Semakin Misteri, Dua Bek Kiri Turut Dilepaskan
Penyokong Kedah Jangan Seronok Dulu, Pemain & Jurulatih ‘Belum Tentu’ Kekal