Dilanda Kecederaan Buku Lali, Mari Mungkin Sudah Boleh Pergi

Pablo Mari

Selain dari persembahan buruk David Luiz, ketika kekalahan 3-0 kepada Manchester City tempoh hari, mungkin ada perkara yang lebih menyakitkan buat Arsenal setelah pemain pertahanan tengah, Pablo Mari disahkan mengalami kecederaan buku lali yang serius.

Pemain yang dipinjamkan dari kelab Brazil, Flamengo itu berkemungkinan besar bakal terlepas semua baki perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas hanya sempat beraksi selama 24 minit di Stadium Etihad.

Mari setakat ini hanya membuat dua penampilan sejak tiba di kelab Utara London itu pada Januari lalu. Dengan kecederaan tersebut, tidak pasti adakah Arsenal akan memilih untuk membuat pembelian secara tetap.

Arsenal juga akan terlepas khidmat pemain tengah, Granit Xhaka untuk perlawanan Sabtu ini berkunjung ke Brighton yang turut mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu City. Kenyataan rasmi mengenai tahap kecederaan kedua-dua pemain dijangka akan dikeluarkan oleh pihak kelab dalam masa terdekat.

David Luiz yang menggantikan Mari dalam perlawanan tersebut juga akan terlepas dua perlawanan akan datang setelah menerima kad merah.

David Luiz kemudian memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab di atas kekalahan tersebut. A

“Saya tidak tahun jika dia telah bermain dalam perlawanan terakhir di sini.  Dia sudah pun mengaku secara terbuka di hadapan semua orang. Kamu juga sudah mendengar apa yang dia telah katakan,” kata Arteta kepada Sky Sports.

“Kita perlu berlaku adil kepadanyanya. Saya secara peribadi akan pertahankan pemain saya kerana saya masih meletakkan kepercayaan kepadanya.”

Arsenal kini perlu bergantung kepada Shkodran Mustafi, dan Sokratis Papastathopoulos untuk mengemudi benteng pertahanan. Rob Holding jug dijangka sudah boleh kembali beraksi selepas sembuh dari kecederaan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN