Bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez menjadi bahan kutukan para peminat bola sepak di Sepanyol pada ketika ini susulan tubuh badannya yang dinilai semakin gemuk.
Jese pernah memperkuatkan Real Madrid selama 6 tahun sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada tahun 2016 dengan harga £21.2 juta (RM111.4 juta).
Bagaimanapun, Jese gagal menyinar bersama PSG dan beliau kemudiannya dipinjamkan ke beberapa kelab termasuklah ke kelab Liga Perdana Inggeris(EPL), Stoke City.
Terlalu gemuk
Peminat bola sepak di Sepanyol beranggapan tubuh badan Jese semakin gemuk selepas pemain itu meninggalkan Real Madrid.
Ada juga di kalangan penyokong menyalahkan penghijrahan Jese dari Real Madrid yang tidak membantu meningkatkan prestasi pemain itu, sebaliknya menyebabkan pemain itu mengalami masalah lebih berat badan.(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)
Namun, pemain berusia 25 tahun itu menolak dakwaan tersebut dan berkata tubuh badan beliau sebenarnya diisi oleh berotot, dan bukanlah dipenuhi oleh lemak.
“Saya berada dalam keadaan baik. Saya sudah berlatih dengan cukup bagus sejak saya memulakan karier [pra musim] dengan PSG,” kata Jese.
“Banyak orang yang bercakap soal berat badan saya [terlalu gemuk]. Saya mengalami kecederaan lutut dan saya harus kembali memperkuatkan semula kaki saya. Apa yang ada di tubuh saya adalah otot, bukan lemak,” tegas Jese.
Segera bangkit
Karier Jese Rodriguez bersama PSG serba tidak menjadi. Beliau dipinjamkan ke Stoke City pada musim 2017/18 dan kemudian berpindah ke Real Betis.
Tetapi keadaan fizikal Jese tidak begitu baik. Beliau masih mengalami kecederaan lampau yang menganggu sepenuhnya prestasi dalam permainan.
Namun, Jese tetap meluahkan perasaan gembira menyertai Real Betis meskipun beliau sehingga kini masih belum diturunkan selepas 22 perlawanan La Liga.
“Saya sangat senang berada di kelab seperti Real Betis. Ini adalah cabaran bagi saya. Sekarang saya hanya memikirkan soal kesempatan untuk bermain dan mencetak gol secepat yang mungkin.”
“Saya akan memberikan segalanya dan ingin membuktikan apa yang boleh saya lakukan,” tekad Jese.