Dikson Nwakaeme Tidak Pernah Lupakan Detik Di Malaysia!

Siapa tidak kenal dengan pemain yang digelar orang besi dalam bola sepak Malaysia sebelum ini iaitu Dickson Nwakaeme.

Nwakaeme menyertai kancah Liga Malaysia pada 2013 dengan pasukan Kelantan. Beliau terus menjadi antara penyerang yang digemari di Kota Bharu.

Nwakaeme membantu Kelantan menjuarai Piala FA pada musim 2013. Antara aksi terbaik Nwakaeme ketika membawa Kelantan ke final Piala FA 2013.

Jaringan Nwaneri pada masa kecederaan telah mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit. Dan Nwakaeme menjaringkan gol kemenangan.

Namun malangnya, KAFA dan Nwakaeme gagal memeterai perjanjian lanjutan selepas turut membantu Kelantan mara ke final Piala Malaysia pada akhir musim 2013.

Selepas itu, Nwakaeme berjaya mendapatkan kontrak dengan pasukan Pahang. Beliau menjadi antara pemain penting dalam membantu pasukan Pahang mengecapi semula kegemilangan dalam arena bola sepak Malaysia.

Beliau berjaya menjulang Piala Malaysia dan Piala FA bersama Pahang. Selepas itu karier Nwakaeme naik ke satu paras lagi dengan tawaran daripada kelab Ligue 1, Angers.

Namun beliau gagal memberikan aksi terbaik dan dilepaskan oleh Angers pada akhir musim lalu. Beliau membantu Angers menang dalam perlawanan untuk ke peringkat 32 pasukan akhir Coupe de France dengan gol kemenangan.

Angers mara ke final dalam Coupe de France musim lalu namun tewas di tangan PSG.

Beliau kini dalam proses pemulihan di Dubai.

Dan beliau sudah tidak sabar untuk kembali semula ke padang. Menariknya, Nwakaeme tidak pernah lupakan bola sepak Malaysia terutama sekali Kelantan dan Pahang.

Berikut adalah beberapa perkongsian beliau di Twitter:


]

Adakah anda pun merindui Dickson Nwakaeme?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN