Dikritik Presiden Dan Jurulatih Shanghai Shenhua, Ini Jawapan Tidak Matang Tevez

Di China, Tevez menjadi bahan jenaka serta kritikan peminat bola sepak di sana. Beliau menjadi bahan kritikan Presiden dan jurulatih Shanghai Shenhua.

Mereka kecewa dengan Tevez yang tidak komited 100% dengan kelab tersebut meskipun dibayar dengan gaji yang sangat lumayan.

Tevez seringkali meminta perlepasan daripada latihan terutama sekali ketika cedera. Beliau kerap tidak mahu pergi ke pusat fisioterapi seperti pemain lain.

Tevez juga pernah pulang ke Argentina ketika cedera membuatkan jurulatih beliau bengang kerana Tevez sepatutnya mengikuti jadual pemulihan kecederaan yang sudah diatur di kelab.

Tevez hanya menjaringkan 4 gol daripada 16 perlawanan ketika di China dengan gaji £615,000 seminggu. Beliau memberikan respon kepada kritikan di China dengan menyatakan yang dia tak kisah kerana dia ke China hanyalah untuk bercuti.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Satu jawapan yang agak kebudak-budakan daripada seorang pemain profesional dalam menjawab kritikan. Ramain juga yang melabel jawapan ini sebagai angkuh.

Tevez menjadi pemain yang dibenci oleh peminat pada beberapa bulan terakhir di China. Pada September, jurulatih Shanghai Shenhua pernah mengkritik Tevez secara terbuka kerana pemain itu ada masalah berat badan berlebihan.

Beliau memberitahu wartawan di Argentina ketika majlis pengenalan sebagai pemain Boca Juniors:

“Tak apalah jika Presiden dan jurulatih Shanghai mahu mengkritik saya. Saya ke sana pun untuk makan angin. Saya sendiri tak tahu apa yang harus saya buat di sana.”

“Sebaik sahaja saya mendarat di sana dahulu, hati saya sudah mahu kembali semula ke Boca.”

Sebagai rekod, Carlos Tevez mendesak Boca Juniors untuk melepaskan beliau ke China. Presiden Boca ketika itu berkata, mereka terpaksa menerima permintaan Tevez kerana sukar untuk mereka halang.

Seorang lagi legenda Boca Juniors, Maradona menyifatkan kepulangan Tevez sebagai sempurna kerana beliau akan membantu kelab itu mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN