Legenda Real Madrid, Jorge Valdano tampil mempertahankan Lionel Messi selepas pemain itu dikritik hebat apabila menampilkan aksi longlai sehingga menyebabkan Argentina menerima kekalahan memalukan 1-3 keatas Venezuela dalam perlawanan persahabatan minggu lalu.
Messi kembali semula dinamakan dalam skuad Argentina buat kali pertama sejak Piala Dunia di Rusia, mengakhiri tempoh lapan bulan dipinggirkan.
Bintang Barcelona berusia 31 tahun itu tidak menyarung jersi kebangsaan sejak Argentina tersingkir pada saingan Piala Dunia Jun tahun lalu kepada pemenang, Perancis.
Pertahankan Messi
Namun, sekembalinya Messi ke kem Argentina tidak mampu memberikan keputusan positif buat pasukan.
Lebih malang, Messi terpaksa disisihkan untuk perlawanan seterusnya bertemu Maghribi esok akibat mengalami kecederaan.
Kekalahan keatas Venezuela seolah-olah meneruskan nasib buruk Messi bersama pasukan kebangsaan. La Pulga terus dibanjiri dengan pelbagai kritikan dari para peminat
Bagaimanapun, bekas pemain Real Madrid yang juga merupakan pemain Argentina sekitar tahun 1980an, Valdano tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan keatas Messi dan beliau tampil mempertahankan pemain itu.
Menurut Valdano, orang ramai tidak boleh meletakkan punca kegagalan Argentina keatas Messi semata-mata. Namun, segalanya harus dijadikan tanggugjawab bersama dalam satu pasukan.
“Yang seharusnya perlu diperbaiki di Argentina adalah para pemain di sekitar Messi, bukan Messi. Mereka masih berharap Messi melakukan segalanya bersendirian terhadap apa yang seharusnya dilakukan untuk seluruh pasukan.”
“Bagi saya, meletakkan tanggungjawab sepenuhnya untuk pemain terbaik bagi menyelesaikan segala-galanya seolah-olah bukan cara terbaik untuk melakukan sesuatu,” kata Valdano.
Dikritik Maradona
Selepas berakhir perlawanan, Maradona terlebih dahulu menjadi orang pertama yang melontarkan kritikan keatas Argentina.
Beliau menyifatkan pemain diskuad Argentina pada hari ini terlalu lemah dan tidak layak menyarung jersi kebangssan jika hendak dibandingkan dengan kehebatan pemain satu ketika dahulu.
“Saya tidak suka melihat filem seram tetapi saya tidak tahu bagaimana sekumpulan orang yang tidak meletakkan tanggungjawab terhadap Argentina dan merasakan mereka boleh menang keatas Venezuela.”
“Itu sungguh menyakitkan bagi saya kerana saya berjiwa Argentina. Jika dibanding generasi [Oscar] Ruggeri, [Gabriel] Batistuta, [Claudio] Caniggia, pasukan yang sekarang ini memang tidak layak memakai jersi pasukan kebangsaan,” tegas Maradona.
2. MESSI