Dikaitkan Dengan Selangor, Siapakah Kim Do-hoon?

Kim Do-hoon Selangor

Masa untuk Michael Feichtenbeiner bersama-sama Selangor mungkin semakin hampir menemui jalan hujungnya.

Jika Selangor menamatkan musim ini dengan duka dalam saingan liga mahu pun piala, pastinya desakan penyokong tiada pilihan lain mahukan pengendali dari Jerman itu disingkirkan.

Walaupun baru hanya bahang yang terasa, tetapi sudah ada desas-desus yang bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bakal mengambil alih.

Namun begitu, Cheng Hoe tidak menafikan atau mengiyakan kenyataan itu. Mungkin terlalu awal untuk menentukan kedudukan beliau bersama-sama Selangor.

Dikaitkan Dengan Selangor, Cheng Hoe Ambil Pendekatan Tutup Mulut

Akan tetapi, muncul pula satu spekulasi mengenai siapakah bakal pengendali baharu Selangor apabila kelab Lembah Klang itu sepertinya mahu mendapatkan corak Korea pula selepas ini.

Sebuah nama telah pun dipetik ketika ini iaitu Kim Do-hoon. Malah, nama Kim sudah pun tertera dalam laman Wikipedia Selangor di bahagian ketua jurulatih.

Namun begitu, ianya adalah Wikipedia dan semua orang berhak mengubahnya dengan mudah.

Walaupun begitu, siapa sebenarnya Kim Do-hoon sampai tiba-tiba saja namanya dipetik?

Rekod baik di Asia

Tidak terkeliru dengan pelakon Korea Selatan yang mempunyai nama yang sama, Kim yang berusia 52 tahun sebenarnya adalah pengendali bagi kelab kaya Singapura – Lion City Sailors.

Kini sedang merajai carta S-League, rekod Kim sebenarnya sudah lama mengagumkan sebelum beliau tiba di kota Temasik lagi.

Sebelum ini, beliau pernah melatih beberapa lagi pasukan lain di Korea Selatan iaitu Incheon United dan juga Ulsan Hyundai.

Bersama-sama Ulsan, Do-hoon berjaya merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim 2019/2020 apabila mereka menewaskan wakil Iran iaitu Persipolis dengan jaringan 2-1.

Kejuaraan itu kekal menjadi kejayaan tertinggi Do-hoon dalam karienya sebagai jurulatih.

Selain itu, Do-hoon juga pernah merangkul kejuaraan Piala Korea Selatan bersama-sama Ulsan sambil merangkul gelaran liga dan piala super bersama-sama Lion City Sailors di Singapura.

Sebelum mengambil tugas sebagai jurulatih di Incheon, Do-hoon bermula sebagai pembantu jurulatih Geongnam Ilhwa pada 2005 dengan menjadi pembantu kepada calon jurulatih B-23 negara Kim Hak-bum dan pengendali Indonesia – Shin Tae-yong.

Selepas itu, Do-hoon bergerak ke Gangwon sebelum dipanggil menyertai skuad B-20 Korea Selatan untuk jawatan yang sama pada 2014.

Menggemari formasi Do-hoon 4-2-3-1, ia boleh dilihat kecederungan Do-hoon untuk menggunakan pemain sayap dan nombor 10 dalam usaha menyerang dan memperoleh gol.

Walaupun ianya mungkin usikan manja di media sosial mengenai pengendali Korea Selatan ini, tetapi mungkin juga boleh dicuba oleh pengurusan Selangor untuk mendapatkannya.

Mana tahu, cabaran di Liga-M lebih menarik berbanding bermain di Singapura?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN