‘Diiktiraf Antarabangsa’ – Bung Mokhtar Pertahan Kredibiliti Hamidin Selaku Presiden FAM

Bung Mokhtar Hamidin FAM

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Mokhtar Radin nampaknya tidak bersetuju dengan desakan beberapa pihak agar Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan jawatannya selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam temubual Ahli Parlimen Kinabatangan itu bersama Berita Harian, beliau menganggap Hamidin tidak wajar dijadikan sasaran hanya disebabkan kegagalan skuad Harimau Malaya di pentas Piala AFF Suzuki 2020 tempoh hari.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe gagal melepasi peringkat kumpulan di kejohanan yang berlangsung di Singapura itu selepas tewas 3-0 kepada Vietnam dan kemudian ‘dihajar’ oleh Indonesia dengan kekalahan 4-1.

Nota Buat Hamidin: Jika Ada Kemaluan, Letaklah Jawatan

Rata-rata penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan melihat pengurusan skuad kebangsaan yang carca marba oleh FAM merangkumi persediaan dan pemilihan pemain menjadi punca utama kepada kegagalan.

Selaku ahli gabungan FAM, Bung Mokhtar mahu semua pihak menilai semula hasil kerja Hamidin sejak mula dipilih selaku Presiden FAM bermula 14 Julai di mana sudah banyak kejayaan dan perubahan yang telah dilakukan.

“Kredibiliti Hamidin sebenarnya tidak perlu dipertikai lagi kerana di peringkat antarabangsa, beliau mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai Naib Presiden Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada Mac 2019, sebelum melepaskan jawatan itu kerana mahu memberi fokus selepas dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) bagi penggal 2019-2023, sebulan kemudian,” ujar Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.

“Malah ketika Peta Hala Tuju FAM F:30 dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2018, kita dapat lihat yang Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa turut sama hadir, sekali gus menandakan hubungan antarabangsa dimiliki Hamidin cukup baik dan ia diperlukan dalam usaha kita untuk membangunkan serta memajukan bola sepak Malaysia.”

Bagi Bung Mokhtar, tidak wajar hanya disebabkan kegagalan di satu kejohanan Hamidin didesak untuk meletakkan jawatan, sedangkan pada Oktober lalu, skuad B-22 kebangsaan kendalian Brad Maloney berjaya layak selaku 16 pasukan terbaik ke Piala Asia B-23 2022.

Malah skuad kebangsaan juga pernah mencapai tahap terbaik di mana negara kita pernah mengatasi Thailand dan Indonesia dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Semua kejayaan itu diraih ketika FAM dipimpin oleh Hamidin.

“Sudah tentu Hamidin memiliki kredibiliti yang diperlukan sebagai seorang presiden dan tidak timbul yang FAM kini dipimpin oleh individu yang tak reti pasal bola kerana beliau seorang yang berpengalaman luas, 30 tahun dalam bola sepak dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa,” ujarnya lagi.

“Jadi bagi saya, desakan supaya Hamidin letak jawatan sebagai Presiden FAM adalah tidak wajar. Sebaliknya beliau masih relevan dan biarlah beliau meneruskan mandat yang diberi oleh ahli gabungan FAM untuk tempoh penggal yang ditetapkan iaitu dari 2021 hingga 2025 ini.”

Bung Mokhtar tidak mahu peminat bola sepak di negara ini terlalu mengikut perasaan marah mereka kerana perletakan jawatan Hamidin tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi menyeru agar semua pihak bersama-sama memberi sokongan kepada Presiden FAM itu untuk memacu bola sepak negara.

“Kalau Hamidin letak jawatan sekarang, adakah ia akan selesaikan masalah? Siapa pula pengganti segera yang sesuai? Peminat perlu fikirkan semua itu, jangan hanya terlalu ikutkan perasaan kerana marah terhadap kegagalan skuad Harimau Malaya tempoh hari,” tambahnya.

“FAM juga akan memulakan pembinaan ibu pejabat baharu dan pusat latihan kebangsaan di Putrajaya pada tahun ini yang mana sebenarnya projek ini sudah lama kita dengar sejak bertahun sebelum ini dan dari presiden-presiden terdahulu lagi. Nampaknya atas usaha keras Hamidin, ia akhirnya terlaksana juga ketika era beliau sebagai Presiden FAM ketika ini.

“Boleh dikatakan dalam tempoh singkat sebenarnya iaitu sejak beliau menjadi Presiden FAM pada Julai 2018 dan ditolak dengan gangguan pandemik COVID-19 selama dua tahun pada 2020 dan 2021, saya kira Hamidin sudah cuba melakukan yang terbaik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN