Bekas pemain tengah Liverpool, Dietmar Hamann menyifatkan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu memiliki jentera serangan yang lebih ampuh berbanding Barcelona.
Hamann yang berhijrah ke Liverpool pada musim 1999/00 dari Newcastle United melihat gandingan trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino lebih berbahaya walaupun The Blaugrana memiliki duo Lionel Messi dan Luis Suarez.
Jentera serangan kedua-dua pasukan itu bakal mencuri tumpuan pada awal pagi nanti apabila Barcelona dan Liverpool akan bertemu di Nou Camp bagi aksi separuh akhir pertama saingan Liga Juara-Juara Eropah 2018/19.
”Barcelona akan mendominasi penguasaan bola, kami sudah pasti mengenai perkara tersebut tetapi mereka tidak menggunakan peluang tersebut.”
Hal ini terbukti apabila Barcelona hanya terikat tanpa jaringan ketika bertemu Lyon pada peringkat 16 terbaik di Perancis walaupun memiliki kelebihan penguasaan bola yang tinggi.
Dengan perlawanan seimbang di Nou Camp, Barcelona berjaya menundukkan Lyon dengan keputusan 5-1.
”Saya mencadangkan bahawa unit serangan Liverpool lebih baik secara kolektif berbanding Barcelona dengan bekas pemain kesayangan The Reds, Luis Suarez tidak berada di prestasi terbaiknya ketika ini.”
”Suarez dan Lionel Messi juga perlu mencari jalan terbaik untuk melepasi kawalan pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk, dimana dia mendapat pelindungan yang cukup baik daripada Fabinho.”
Salah (21 gol) dan Mane (20 gol) juga kini sedang bersaing sesama sendiri bagi dinobatkan selaku penjaring terbanyak saingan Liga Perdana Inggeris.