Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone kelihatan tidak berhajat untuk melepaskan Diego Costa ke kelab lain pada jendela perpindahan Januari ini , sebaliknya mahu penyerang tersebut terus kekal di Wonda Metropolitano.
Kelab China, Tianjin Quanjian sebelum ini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu.
Costa yang kini sedang bergelut untuk pulih daripada kecederaan hanya berupaya menjaringkan satu gol daripada 11 penampilan dalam La Liga musim ini.
Dalam pada itu, Chelsea juga dikatakan berminat untuk kembali membawa masuk Costa ke Stamford Bridge.
”Saya berharap, dan memerlukan Diego Costa pada bulan Februari nanti, tidak ada keraguan mengenai perkara tersebut.”
”Saya percaya dia akan kekal disini.”
Diego Costa yang mencipta nama bersama Atletico Madrid berkelana ke England dan menikmati detik hebat dalam kariernya selepas berjaya membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2014/15 dan 2016/17.
Kehadiran Antonio Conte ke Chelsea mengubah segalanya apabila pengurus kelahiran Itali itu dilihat kurang berminat dengan beliau memaksa Costa kembali semula ke Madrid pada September 2017.