Penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak memperagakan aksi cemerlang bersama pasukannya pada pertemuan bertemu Getafe selepas berjaya menepis sepakan penalti yang diambil Faycal Fajr pada minit ke-77.
Keadaan tersebut memberikan kemenangan 1-0 buat Atletico untuk terus berada ditangga kedua dalam saingan La Liga musim ini dengan aksi hanya berbaki satu perlawanan sahaja lagi.
Simeone ternyata gembira dengan persembahan yang dipamerkan penjaga gol antarabangsa Slovenia.
Pengendali dari Argentina itu juga turut mengharapkan agar Oblak dapat terus kekal untuk berbakti bersama Atletico Madrid bagi musim hadapan walaupun beliau dikaitkan dengan Arsenal dan Liverpool.
”Saya gembira mempunyai Oblak buat pasukan kami,” jelas Simeone memberitahu wartawan dalam sidang media.
”Dia datang dengan membawa keterujaan, ia sukar bagi beliau untuk berlatih bersama pasukan dan kini dia merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.”
”Mudah-mudahan kami terus memilikinya bersama pasukan dan dia juga gembira disini, kerana semua pasukan hebat memerlukan penjaga gol yang hebat.”
Pada perlawanan separuh akhir Liga Europa di Stadium Emirates ketika bertemu Arsenal, Oblak turut bertindak cemerlang menafikan beberapa berbahaya yang dicipta Arsenal.
Pada perlawanan bertemu Getafe di Coliseum Alfonso Perez, Simeone menurunkan barisan terkuatnya walaupun hanya tinggal empat hari sahaja lagi perlawanan akhir Liga Europa bakal dihadapi mereka.
Jaringan tunggal dari Koke pada minit ke-8 sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh dalam usaha Atletico Madrid menamatkan saingan di tempat kedua selepas Barcelona sudah pun mengesahkan kejuaraan La Liga tempohari.