Diego Maradona: Tiada Apa Yang Perlu Dibuktikan Oleh Lionel Messi Buat Argentina

Maradona

Legenda Argentina, Diego Maradona menegaskan bahawa tiada apa yang perlu dibuktikan oleh Lionel Messi pada saingan Piala Dunia 2018 nanti.

Bekas pemain yang membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 itu turut beranggapan skuad bimbingan Jorge Sampaoli itu bukanlah pasukan pilihan untuk menjuarai saingan kali ini.

Empat tahun lalu di Brazil, Lionel Messi dan rakan sepasukan berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk bertemu Jerman.

Namun usaha mengulangi kejayaan tahun 1978 dan 1986 tidak membuahkan hasil setelah Mario Gotze memusnahkan harapan mereka menerusi jaringan pada masa tambahan.

”Saya akan menasihati (Lionel) Messi untuk terus bermain, untuk menikmati permainan.”

JOHANNESBURG, SOUTH AFRICA – JUNE 12: Diego Maradona head coach of Argentina gestures to striker Lionel Messi during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group B match between Argentina and Nigeria at Ellis Park Stadium on June 12, 2010 in Johannesburg, South Africa. (Photo by Ezra Shaw/Getty Images)

”Dia harus melupakan tentang kritikan, jika dia berjaya memenangi Piala Dunia ataupun tidak.”

”Dia tidak perlu untuk membuktikan apa-apa. Dia hanya perlu menikmati permainannya di atas padang.”

”Saya tidak tahu (Jorge) Sampaoli, saya tidak tahu bagaimana caranya. Tetapi, saya tahu mengenai kebanyakan pemain dan saya juga tahu mereka akan memberikan segalanya.”

Maradona turut menjelaskan mengapa beliau tidak meletakkan negara kelahirannya itu sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai saingan di Rusia nanti.

”Saya merasakan mereka mempunyai peluang yang baik untuk menang. Tetapi saya tidak memilih (Argentina) sebagai pilihan kerana pasukan yang diletakkan sebagai pilihan tidak pernah menang (Piala Dunia).”

Pada edisi kali ini, Argentina diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama Croatia, Iceland dan Nigeria. Perlawanan pertama mereka adalah pada 16 Jun bagi bertemu Iceland.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN