Maradona telah mendedahkan kepada media bahawa wang beliau sejumlah €2 juta telah dicuri.
Maradona menyatakan yang 2 orang anaknya, Dalma dan Gianinna telah melakukan transaksi wang keluar ke sebuah akaun di Uruguay tanpa pengetahuan beliau.
Beliau mendapat tahu bahawa sejumlah €850,000 wang beliau itu dikeluarkan di Uruguay oleh seseorang yang tidak dikenali.
Oleh yang demikian, Maradona mengesyaki bekas isterinya, Claudia Villfane adalah dalang di sebalik semua ini. Claudia Villafane adalah emak kepada Dalma dan Gianinna. Maradona dan Claudia bercerai pada 2003, setelah 14 tahun mendirikan rumah tangga.
Gianinna bukannya nama asing untuk kita semua. Dia adalah bekas isteri kepada Sergio Kun Aguero. Gianinna bercerai dengan Aguero pada 2013 selepas 5 tahun perkahwinan mereka. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Benjamin.
Ini selepas Kun Aguero menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi pop Karina Tejeda. Berita yang agak mengejutkan kerana Gianinna adalah insan yang paling banyak memberikan sokongan kepada Aguero sebelum menjadi superstar dalam bola sepak.
Ketika dalam proses penceraian, Gianinna cuba menyelamatkan rumah tangga beliau. Dia sendiri masih mempertahankan Aguero yang dikecam di twitter oleh pengikut beliau. Gianinna pernah menjawab cemuhan itu dengan berkata:
“Jangan berkata begitu, dia tetap ayah kepada anak saya, dia bukan lelaki yang teruk seperti yang anda sangkakan.”
Namun rumah tangga mereka tetap retak juga dan Aguero bercinta dengan Karina Terjeda lantas mengiyakan berita sebelum ini yang menuduh Karina sebagai punca perpecahan rumah tangga mereka.
Namun 5 hari yang lalu satu laporan menyatakan yang Karina sudah pun meninggalkan Aguero. Ini selepas penyanyi yang digelar The Princess oleh peminat beliau di Argentina itu enggan mengambil tahu perkembangan Aguero yang kemalangan di Amsterdam tempoh hari.
Maradona sudah menghubungi peguam beliau untuk mendapatkan nasihat perundangan dan cuba mendapatkan semula wang beliau.
Maradonna menganggap 2 orang anaknya telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Maradona nampaknya sangat percayakan anaknya kerana memberikan akses kepada akaun beliau kepada 2 puterinya itu. Itulah sayang seorang ayah.
Namun buat masa ini, masih tiada bukti yang boleh membuktikan bekas isterinya adalah orang yang bertanggungjawab di atas kehilangan wang beliau itu.
Sumber
1. Corriere Del Mezzogiorno – http://corrieredelmezzogiorno.corriere.it/napoli/cronaca/17_ottobre_05/maradona-denuncia-figlie-banca-mancano-due-milioni-euro-4d59dcbc-a9b9-11e7-8fb8-93d09cbd56d9.shtml?refresh_ce-cp
2. Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/news/article-4937882/Sergio-Aguero-dumped-pop-star-girlfriend-Karina-Tejeda.html