Diego Maradona Dilantik Sebagai Jurulatih Kelab Mexico

Lagenda Argentina, Diego Maradona kini dilantik sebagai jurulatih kelab divisyen dua Mexico, Dorados berkuatkuasa serta-merta menurut satu kenyataan rasmi daripada kelab itu.

Kelab itu memaparkan video pendek dalam media sosial mereka dengan mesej ‘Selamat datang Diego” dan ‘Jadikannya 10’ merujuk kepada nombor jersi legenda itu ketika bermain.

Dorados yang berpusat di daerah Sinaloa di barat daya Mexico tidak memberikan butiran terperinci, namun akhbar Mexico melaporkan Maradona dilantik bagi menggantikan Francisco Gamez.

Kelab itu dilaporkan telah memecat Gamez semalam selepas permulaan buruk kelab itu musim ini yang menyaksikan mereka hanya meraih tiga daripada 15 mata yang ditawarkan.

Kelab itu menghuni tangga ke-13 daripada liga yang membabitkan 15 pasukan.

Lagenda yang berusia 57 tahun itu dilabelkan antara pemain terhebat dunia susulan persembahan hebatnya ketika di puncak prestasi selepas mengetuai Argentina menjulang trofi Piala Dunia kedua dan terakhir negara itu pada 1986.

Beliau mempunyai pengalaman singkat di arena pengurusan dengan melatih beberapa kelab di Argentina dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pernah melatih negaranya pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan namun prestasi yang tidak begitu membanggakan membuatkan kontrak beliau tidak disambung selepas kejohanan.

Malah prestasi buruk skuad Argentina ketika Piala Dunia di Russia bulan lalu membuatkan Maradona meminta Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) memecat Jorge Sampaoli dan melantik beliau sebagai pengurus baharu. Maradona juga tidak akan mengambil sebarang bayaran untuk tugasan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN