Diego Costa Akan Kembali Ke Chelsea Untuk Hantar Surat Minta Dijual

Diego Costa jelas tidak akan bersama dengan Chelsea sepanjang pra musim ini. Ia agak mengecewakan kerana Costa masih pemain Chelsea dan perlu melapor diri.

Jika beliau tidak senarai sekalipun, beliau masih lagi pemain Chelsea dan biasanya akan menjalani latihan di Cobham. Costa buat masa ini masih lagi di Brazil.

Diego Costa menjadi instrumen penting serangan Chelsea musim lalu.  Beliau membantu The Blues menjuarai EPL dengan gandingan mantap bersama Hazard dan Pedro.

Diego Costa dilaporkan akan kembali ke Chelsea dalam minggu ini untuk bertemu dengan pihak pengurusan Chelsea. Beliau akan menghantar surat meminta dijual ke Atletico Madrid.

Sebelum ini Presiden Atletico memberikan gambaran bahawa tiada pemain baru akan dibeli dalam jendela kali ini. Namun begitu, Diego Costa hanya mahu kembali ke Atletico Madrid.

Beliau tidak mahu ke China meskipun ada tawaran lumayan. Sebagai tambahan, Atletico tidak boleh mendaftarkan pemain mereka sehingga perpindahan Januari nanti. Ini kerana kelab itu masih digantung oleh UEFA.

Jika Costa dibeli oleh Atletico, Costa mungkin akan dipinjamkan ke kelab lain. Chelsea masih belum menetapkan secara rasmi tag harga untuk Diego Costa.

Adakah Costa akan dapat merealisasikan impian beliau untuk kembali semula ke Atletico Madrid sebelum jendela perpindahan ditutup? Atau mungkin kekal di Chelsea dan membantu kelab itu sekali lagi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN