Bekas penyerang Atletico Madrid dan Chelsea, Diego Costa telah mengambil keputusan untuk menyertai kelab pendahulu Serie A Brazil, Atletico Miniero.
Pemain berusia 32 tahun itu menyertai kelab di negara kelahirannya itu secara percuma sebagai pemain ejen bebas selepas kontraknya bersama Atletico Madrid tamat pada Jun lalu.
Diego Costa has signed for Atlético Mineiro on a contract until December 2022.
[Source: @Atletico] pic.twitter.com/q6oTJ56Yb1
— Transfer HQ (@Transfer__HQ) August 15, 2021
Beliau hanya membuat tujuh penampilan pada musim lalu dan menjaringkan dua gol. Aksi terakhirnya bersama skuad kendalian Diego Simeone itu adalah pada bulan Disember lalu ketika menang 2-0 ke atas Real Sociedad di mana beliau masuk menggantikan Luis Suarez pada pehujung permainan.
Costa dilahirkan di Lagorta, Brazil, tetapi karier profesionalnya bermula di kelab Portugal, Braga sebelum beliau berhijrah ke Sepanyol menyertai Atletico Madrid dan sempat dipinjamkan ke beberapa kelab lain.
Beliau kemudian pernah menyertai Chelsea untuk tiga musim sebelum ‘disingkirkan’ kerana isu disiplin dan kembali semula ke pangkuan Atletico.
Bersama skuad Colchoneros itu, beliau telah merekodkan 83 gol dari 216 penampilan.
🔀Diego Costa is heading back to Brazil! 🇧🇷
Club Atlético Mineiro announced that they have signed the free agent striker ✍️#costa #DiegoCosta #chelsea #madrid pic.twitter.com/nq7tn567Uo
— futbol90min.com (@futbol90mincom) August 15, 2021
Selepas beraksi dua perlawanan persahabatan untuk negara kelahirannya Brazil, beliau memilih untuk mewakili Sepanyol dan mengumpul 24 kaps, namun gagal memenangi sebarang kejuaraan di peringkat antarabangsa.
Atletico Miniero yang turut dibarisi pemain handalan seperti Hulk, Eduardo Sasha, Chilean Eduardo Vargas, Venezuelan Jefferson Savarino dan Ignacio Fernandez. kini dalam landasan terbaik untuk menjuarai liga utama Brazil buat kali pertama sejak 1971.
Kempen mereka di kejohanan Copa Libertadores juga berjalan dengan baik dan kini sedang beraksi di peringkat suku akhir berdepan River Plate di mana mereka mendahului 1-0 ssecara agregat selepas menang perlawanan pertama di Buenos Aires. Aksi timbal balik akan berlangsung pada Rabu ini.