Didier Drogba: Legenda Chelsea Pemusnah Lawan Dengan Trademark ‘Membelakangkan Gol Lawan’

Bagi penyokong lawan, kelibat Didier Drogba pasti menjadi igauan yang tiada sudah dengan susuk tubuh tegap dan perwatakan serius – merobek kubu lawan di antara 2004 sehingga 2012.

Bagi penyokong setia Chelsea, Drogba adalah seorang legenda yang meletakkan nama Chelsea setaraf dengan kelab-kelab elit eropah yang lain.

Perjalanan karier Drogba menuju ke puncak adalah unik. Beliau tidak beraksi di peringkat tertinggi sukan ini sehinggalah berusia 23 tahun – menyertai Guingamp yang pada ketika itu beraksi di Ligue 2 di Perancis, pada Januari 2002.

Kemampuan beliau pantas mencuri tumpuan kelab lain. Drogba kemudiannya dipancing oleh Marseille 18 bulan kemudian. Tahun berikutnya, Drogba menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan £24 juta di mana beliau mencipta nama sehingga berstatus legenda didalam sukan ini.

Kelebihan Drogba sebagai target man

Apabila anda bercakap mengenai seorang pemain yang pakar menjadi fokal utama di bahagian serangan, maka Didier Droga adalah pemain pakar yang dimaksudkan.

Pada kemuncak prestasinya bersama Chelsea, penyerang Ivory Cost ini adalah seorang target man cukup sempurna; mengambil kira cara dan kebolehan beliau mendominasi pemain pertahanan lawan sebelum mengeksploitasi situasi untuk menjaringkan gol atau mencipta ruang untuk rakan sepasukan lain terlibat dalam build-up.

https://twitter.com/CarefreeJxck/status/1374709539849826304

Kelebihan fizikalnya sukar ditandingi dan kemampuan ini turut ditambah dengan kebijaksanaan melakukan link-up dalam permainan.

Dan lebih menarik, tidak ada penyerang yang mampu bermain sebaik Drogba walaupun ketika berada di posisi membelakangkan gol. Malah Drogba dianggap sebagai antara penyerang terbaik yang mampu beraksi sedemikian, walaupun pada ketika dikawal rapat pemain pertahanan lawan.

Tidak keterlaluan jika kita katakan Droga amat berbahaya sekiranya berada di posisi tersebut. Membelakangkan gawang lawan ibarat satu ‘cheat code’ buat beliau beraksi dengan baik. Gerakannya memperdayakan lawan selepas itu ibarat rutin.

Membelakangkan gol

Drogba telah menjaringkan banyak gol dari situasi ini sebelum ini selepas melakukan satu turning tajam yang mengelirukan lawan yang mengawalnya.

Selain itu, Drogba turut selalu berfungsi sebagai umpan untuk membuka laluan rakan sepasukan yang lain seperti Frank Lampard, Joe Cole, dan Nicolas Anelka untuk menjaringkan gol.

Dua kali menyertai Chelsea, Drogba telah menjaringkan 164 gol untuk kelab London itu, dan pernah menjulang kejuaraa Liga Perdana Inggeris, Champiols League, Piala FA dan Piala Liga.

https://twitter.com/WolfgangFonso/status/1374370369197416455

Pakar penjaring di perlawanan akhir

Didier Drogba dianggap seorang pemain legenda di Chelsea kerana peranan yang sangat penting sebagai peledak berbisa dan menyumbang 12 kejuaraan kepada The Blues.

Dengan rekod menjaringkan sembilan gol dalam 10 perlawanan akhir untuk kelab tersebut, karier Drogba di Chelsea tidak dapat dipisahkan dengan gandingan bersama pengurusnya, Jose Mourinho.

Sejurus sahaja tiba dari Marseille pada 2004, penyerang Ivory Coast itu tidak menunggu lama untuk memberikan impak pada musim pertamanya dengan menjaringkan gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga.

Dua tahun kemudian pada 2007, beliau sekali lagi menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Liga ketika berdepan Arsenal. Tahun yang sama, Chelsea berjaya menjulang kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Manchester United dan sekali lagi Drogba menjadi wira pasukannya dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Drogba menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan akhir Piala Liga termasuk ketika kekalahan kepada Tottenham Hotspur pada 2008. Rekod jaringannya dalam perlawanan akhir juga dicatat dalam perlawanan akhir Piala FA 2009 (Everton 2-1), 2010 (Portsmouth 1-0) dan 2012 (Liverpool 2-1).

Daripada semua perlawanan akhir itu, yang paling penting dan amat bermakna buat Drogba tentulah perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2011/12 dan malam itu bakal dikenang sebagai ‘malam Drogba’.

Selepas Bayern Munich menjaringkan gol awal menerusi Thomas Muller, impian Chelsea untuk merangkul UCL buat kali pertama seperti sudah terpadam, sehinggalah gol penyamaan menerusi tandukan kencang Drogba pada minit-minit akhir telah mengherat perlawanan ke masa tambahan.

Dalam masa tambahan, Drogba telah membuat kesilapan mengasari Frank Ribery dalam kotak penalti dan memberikan sepakan penalti kepada Bayern. Namun sepakan Arjen Robben telah diselamatkan oleh Petr Cech.

Chelsea akhirnya menang hasil penentuan sepakan penalti dan Drogba yang menjadi pengambil sepakan terakhir menyudahkan tugasannya dengan sempurna menewaskan Manuel Neuer.

Persaraan

Penyerang legenda Chelsea itu mengesahkan dirinya bersara sebagai pemain pada November 2018 – sekaligus menamatkan karier 20 tahun penuh gemilang.

Sebelum melakukan pengumuman ini, Drogba terikat dengan Phoenix Rising – sebuah kelab di Amerika Syarikat – yang dimiliki oleh beliau sendiri.

“Selepas 20 tahun, saya mengambil keputusan untuk mengakhiri karier 20 tahun sebagai pemain,” ujar Drogba

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN