Dickson Nwakaeme Sedia Ledak Lebih Banyak Gol

Penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme membuktikan beliau masih berbisa walaupun hampir 2 tahun tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif apabila meledak 2 gol ke atas Kuala Lumpur dalam aksi sulung Liga Super jumaat lepas.

Walaubagaimanapun, Nwakaeme yang baru menyertai Pahang selama 2 minggu menjelaskan beliau masih belum berada di tahap terbaik kerana prestasi yang ditunjukkannya baru mencapai sekitar 60% dan masih bergelut dengan tahap kecergasan.

“Rasa bagus dapat kembali semula ke Pahang. Bukan sahaja penyokong Pahang, peminat bola sepak di Malaysia juga gembira dengan kehadiran saya.

“Kemenangan ke atas Kuala Lumpur bukan berkenaan saya tetapi ia adalah kemenangan pasukan. Bukan mudah untuk kembalikan semula prestasi terbaik setelah bertahun-tahun tidak sepak bola. Ini bukan tahap terbaik saya,” jelas Nwakaeme seperti dipetik dalam The Star Online.

Pemain yang berusia 32 tahun tersebut turut mengakui sangat selesa beraksi di bahagian serangan kerana skuad Pahang kali ini jauh lebih kuat daripada sebelumnya.

“Kami mempunyai ramai pemain yang berkualiti. Pemain import dalam pasukan Pahang sangat bagus dan ia memudahkan lagi tugas saya untuk meledak gol. Saya rasa skuad ini jauh lebih mantap berbanding dengan skuad musim 2014 dan 2015,” katanya.

Skuad Pahang giat menjalani latihan di padang Taman Gelora, Kuantan. FOTO: Pahang FA

Sementara itu, pengendali skuad tok gajah, Dollah Salleh menganggap kehadiran pemain yang dipanggil sebagai ‘Orang Besi’ itu menyebabkan anak buahnya menjadi seronok untuk beraksi di atas padang.

“Kita sendiri sudah kenal Nwakaeme yang sememangnya memiliki kelebihan tersendiri. Bila dia menunjukkan kemahiran, pemain lain pun turut sama menunjukkan kemahiran, jadi masing-masing yakin dengan diri sendiri.

“Mungkin semua pemain menjadi seronok dan itu yang membuatkan tahap keyakinan mereka bertambah sehingga kita dapat mencorakkan gaya permainan yang kita inginkan,” katanya dalam Berita Harian.

Skuad Pahang menjalani latihan di pantai Teluk Cempedak setiap pagi untuk meningkatkan tahap kecergasan. FOTO: Pahang FA

Dollah juga berpuas hati dengan gandingan pemain import yang diturunkan walaupun baru sahaja menyertai pasukan selama seminggu.

“Sebagai contoh Jose Eduardo, dia baru seminggu bersama kita tetapi saya yakin prestasinya akan bertambah baik. Bagi aksi pertama, dia hanya memberikan 60 peratus namun dia berjaya menamatkan 90 minit dengan baik.

“Kita juga dapat lihat kemahiran yang ditunjukkan di atas padang. Gandingannya bersama Nwakaeme juga nampak begitu selesa dan sudah ada persefahaman antara mereka,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN