Dickson Nwakaeme Mahu FAM Perbaiki Mutu Pengadil, Anggap ‘Troll’ Meraikan Gol Melucukan

Penyerang import Pahang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme menyifatkan bola sepak di Malaysia berada di landasan tepat, namun perlu memperbaiki kualiti kepengadilan untuk terus berada di hadapan.

Bagi beliau, JDT dan Selangor adalah contoh pasukan terbaik untuk mempromosikan Liga Malaysia ke mata dunia, dengan pencapaian, pengurusan dan fasiliti yang dimiliki oleh kedua-dua buah kelab itu.

Kemampuan JDT beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) juga adalah bukti bola sepak di negara ini sedang menuju ke hadapan. Malah Dickson tidak menyembunyikan kekaguman terhadap pasukan Harimau Selatan dan pemain-pemain pasukan itu seperti Syafiq Ahmad.

Beliau berkata demikian di dalam satu video yang dikongsikan di laman Instagram pada hari ini.

“Terima kasih untuk penyokong Pahang; jurulatih; Pablo Dollah [Salleh], Tengku Muda Pahang [Presiden Pahang FA],” ujar beliau.

“Kita tidak kalah [menentang Kedah] tetapi tersingkir kerana agregat. Saya tidak gembira kerana kalah.

Dollah
Dollah Salleh memperkenalkan Dickson Nwakaeme kepada para pemain. (FOTO: Pahang FA)

Mengulas mengapa sebab beliau melempar jersi Fernando Rodriguez selepas perlawanan, beliau berkata itu adalah kerana beliau marah kerana Pahang tersingkir, dan tidak berniat menghina pasukan Kedah.

“Saya minta maaf kepada penyokong Kedah, pasukan Kedah kerana bertindak demikian. Saya tidak bermaksud apa-apa.”

Mengenai troll dan meme yang dilakukan oleh penyokong bola sepak di negara ini mengenai keraian gol beliau, Dickson berkata beliau terhibut dengan apa yang dilakukan.

“Ia sangat lucu. Selepas amat sedih, troll itu membuatkan saya tertawa. Saya melihat troll itu dan ketawa. Terima kasih,” tambah beliau.

Antara meme yang dilakukan netizen

Selain daripada itu Dickson juga berkata pasukan kebangsaan negara juga sudah mulai tampil lebih yakin dengan kehadiran Tan Cheng Hoe.

“Azam Azih, No.1, Sumareh, Matt Davies, Safawi dan Syafiq Ahmad adalah pemain yang bagus,” ujar beliau.

Malah beliau juga yakin pasukan negara mampu menjadi salah sebuah pasukan besar di Asia pada masa depan sekiranya pasukan-pasukan di negara ini terus memberi fokus untuk menambah baik fasiliti dan juga pembangunan akar umbi.

Mengenai pengadil Dickson menyeru supaya FAM mengambil langkah untuk memperbaiki mutu kepengadilan di negara ini.

Dickson Nwakaeme Pahang
FOTO: Candid Enthusiast / Muhammad Shakirin

“Sebelum setiap perlawanan saya sering mengingatkan diri sendiri supaya tidak perlu bertengkar dengan pengadil. Tetapi ada kalanya ia [keputusan] amat keterlaluan.

“Jika bukan saya [pemain] untuk menegur, maka siapa lagi yang akan bercakap mengenai perkara ini?

“Ia tidak mudah apabila anda mengharungi keseluruhan musim dari Januari ke November dan tersingkir kerana kesilapan pengadil. Kerana itu, tolonglah FAM lakukan sesuatu.”

Apa yang dikatakan oleh Dickson itu merujuk kepada jaringan kontroversi Baddrol Bakhtiar dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur yang berkesudahan 5-5.

Mengenai masa depan beliau bersama Pahang, Dickson berkata beliau belum mempunyai sebarang keputusan tetapi mengesahkan mahu terus kekal beraksi di negara ini.

“Jika Pablo Dollah mahukan saya terus di sini [Pahang], kita tidak perlu berbincang. Saya sayangkan kamu Pablo Dollah,” ujar beliau sambil berseloroh.

Dickson dijangka akan kembali ke Nigeria untuk bercuti bersama keluarganya sebelum mengambil keputusan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN