Dickson Nwakaeme Bakal Kembali Sertai Pahang?

Penyerang import kelahiran Nigeria, Dickson Nwakaemw dilaporkan akan kembali ke pangkuan Pahang dalam masa terdekat sekiranya rundingan peringkat akhir bersama pihak pengurusan persatuan itu berjaya diselesaikan.

Hari ini Arena Metro mendedahkan sumber dari pengurusan Pahang bahawa kedua-dua pihak kini sedang berbincang mengenai perkara berkaitan pembayaran gaji kepada pemain itu.

Menurut sumber itu lagi, Pahang dikatakan tidak mahu membayar gaji terlampau mahal kerana enggan membenarkan isu kewangan mendatangkan masalah pada masa akan datang.

Foto: Kosmo

Semua pihak juga sedia maklum Pahang kini sedang mengamalkan perbelanjaan secara berhemah untuk saingan Liga Malaysia pada musim akan datang.

“Pihak pengurusan sudah mengadakan perbincangan pada peringkat akhir dengan meminta pengurangan bayaran gaji pemain terbabit untuk musim ini, kata sumber tersebut kepada Arena Metro.

“Jika segalanya berjalan lancar, Nwakaeme akan kembali menguatkan jentera serangan Pahang pada musim ini.

“Seperti sedia maklum, Nwakaeme adalah ikon kepada pemain dan penyokong Pahang seterusnya mampu membantu skuad Tok Gajah mencipta kejayaan pada musim ini.”

Berusia 33 tahun, Nwakaeme membuktikan dieinya masih penyerang berbisa. Musim lalu pemain yang penah beraksi di Perancis ini meledak 19 gol bersama Pahang, termasuk sembilan gol dalam saingan Piala Malaysia.

Namun demikian pemain yang sinonim dengan gelaran ‘orang besi’ di kalangan penyokong skuad Tok Gajah itu gagal membantu skuad kendalian Dollah Salleh menjulang piala pada musim lalu.

Pada musim sulung Nwakaeme bersama Pahang pada musim 2014, penyerang itu membantu Tok Gajah menjulang tiga trofi iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN