‘Buangan’ Kedah, Fernando Rodriguez Kini Ditagih Untuk Pacu Cabaran JDT Di ACL

fernando-rodriguez-kedah-jdt

Bekas penyerang Kedah, Fernando Rodriguez yang tidak disambung kontrak dan kemudian menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini akan diharapkan untuk memacu jentera serangan JDT di saingan AFC Champions League (ACL) 2020.

Dalam sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Iskandar Puteri, semalam, pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah memaklumkan tentang status penyerang JDT II, Fernando Rodriguez yang akan digunakan selepas ini.

Seperti yang semua sedia maklum, baki saingan ACL 2020 peringkat kumpulan akan bersambung semula pada pertengahan November depan bertindih dengan jadual saingan Piala Malaysia 2020 yang dijangka akan bermula pada awal November. Jadi, TMJ sudah pun memiliki penyelesaian untuk melalui permasalahan ini.

JDT akan dipecahkan kepada dua pasukan yang seimbang bagi menyertai kedua-dua saingan dengan tiada keutamaan diletakkan dalam mana-mana pertandingan. Kata TMJ, “Saya telah membuat keputusan untuk seimbangkan kedua-duanya kerana kejohanan tersebut bercanggah [bertindih] dan memberi kesan kepada kedua-duanya.”

“Keputusan yang paling tepat buat masa ini adalah untuk hantar pasukan yang semi balance, dua pasukan untuk Piala Malaysia dan ACL dan juga memberikan tumpuan kepada ACL sepenuhnya tahun depan,” jelasnya lagi sambil turut memaklumkan penyenaraian Fernando Rodriguez ke dalam skuad ACL 2020 selepas ini.

“Saya ada Fernando Rodriguez untuk ke ACL,” tegas TMJ ketika ditanyakan situasi Diogo yang akan dilepaskan untuk kembali ke Thai League pada musim hadapan.

Dapat dilihat yang kemungkinan besar JDT akan hanya menggunakan Diogo untuk saingan Piala Malaysia dan Fernando Rodriguez pula fokus kepada saingan ACL.

Untuk rekod, Diogo tidak menyumbang sebarang gol buat JDT setakat ini dalam saingan ACL dan mungkin atas faktor itu, TMJ memberikan peluang pula kepada bekas pemain Kedah itu untuk menggantikannya. Prestasi baiknya ketika membenam Melaka United tempohari yang mungkin telah membantunya tersenarai.

Penyerang berusia 33 tahun itu masuk pada minit ke-70 dan telah membantu JDT menghasilkan tiga gol – dua bantuan gol dan satu lagi jaringan peribadinya dalam debut bersama skuad utama pada malam yang menyaksikan lawan tumbang 0-5.

Beliau merupakan penjaring utama Kedah pada saingan musim lalu – mencetak 21 gol dalam 39 penampilan dalam semua pertandingan, namun gagal menambat hati pengurusan Kedah untuk mengekalkannya. Mungkin atas faktor dua penyerang, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche sudah hampir untuk menyertai mereka.

Setelah menyertai JDT, Fernando Rodriguez tampil di saingan Liga Premier dan meneruskan sentuhan jaringannya sebagaimana di Kedah, apabila meledak tujuh gol daripada 10 penampilan untuk membantu JDT II menamatkan musim di kedudukan ke-4 liga. Beliau juga menjaringkan satu gol untuk saingan Liga Super.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel mengenai Fernando Rodriguez dan Kedah:

RASMI: JDT Umum Fernando Rodriguez & Kei Hirose Sebagai Pemain Baharu

Fernando Rodriguez Jadi Pemain Pertama Ucap Selamat Tinggal Kepada Kedah

Kedah Sambar Kpah Sherman & Kipre Tchetche Untuk Musim 2020

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN