‘Dibayar RM2.7 Juta Seminggu’ – Haaland Bakal Terima Gaji Paling Mahal Di Dalam Sejarah Premier League

Usaha Manchester City untuk mendapatkan khidmat Erling Haaland semakin menjadi kenyataan apabila kelab tersebut dilaporkan sudah mencapai persetujuan dengan wakil pemain itu.

Laporan oleh Sportsmail mendedahkan antara persetujuan utama yang dicapai kedua-dua pihak adalah pakej kewangan yang bakal menjadikan Haaland sebagai penerima gaji tertinggi di Premier League dengan gaji melebihi £500,000 (RM2.7 juta) seminggu.

City seterusnya dijangka akan bersetuju untuk membayar klausa pelepasan bernilai £63 juta (RM349 juta) kepada Borussia Dortmund.

Sekiranya semua mengikut perancangan, maka perjanjian perpindahan Haaland ke Etihad boleh dilengkapkan di dalam tempoh seminggu akan datang.

Masih terdapat sedikit harapan Haaland akan kekal menyambung kontrak untuk terus kekal di Bundesliga untuk setahun lagi.

Namun City kini semakin yakin mereka semakin hampir untuk mendapatkan penyerang prolifik dari Norway yang sangat dikehendaki oleh Pep Guardiola.

Pengurus dari Sepanyol itu sudah pun merasai kekecewaan pada musim panas lalu selepas kegagalan memaksa Harry Kane meninggalkan Tottenham Hotspur.

Walaupun sedang mendahului kedudukan teratas Premier League, Man City sering dikatakan kekurangan pemain penyerang – khususnya No.9.

Haaland adalah pemain kelahiran Leeds dan telah beraksi bersama Molde den Red Bull Salzburg sebelum menyertai Dortmund. Pada hujung minggu lalu, pemain itu turut menjaringkan dua gol untuk membantu kelabnya membelasah Wolfsburg 6-1.

Dua gol jaringan Haaland itu bermakna beliau kini telah menjaringkan 31 gol daripada 33 penampilan di semua pertandingan untuk kelab dan pasukan negaranya.

Ayahya, Alf-Inge juga pernah beraksi bersama Manchester City dan turut terlibat di dalam rundingan tersebut.

Perkhabaran Haaland ke City bukanlah perkara baharu dan mulai menjadi sebutan sejak Mac lalu. Gaji melebihi £500,000 seminggu bermakna pemain berusia 21 tahun itu bakal menerima bayaran jauh lebih tinggi berbanding pemain lain seperti Kevin de Bruyne yang dibayar £385,000 seminggu.

Sekiranya menjadi kenyataan, Haaland dijangka akan mulai menyertai City untuk latihan dan perlawanan pra musim di Amerika Syarikat pada Julai hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN