Dibayar RM175 Ribu Sebulan, Lim Teong Kim Harus Ambil Tanggungjawab- Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bekas Ketua Jurulatih skuad B-16 negara, Lim Teong Kim dibayar gaji sebanyak RM175,000 sebulan tanpa cukai.

Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu juga dikatakan meletakkan sendiri sasaran untuk layak ke Piala Dunia B-17 yang akan berlangsung tahun hadapan di Peru.

Sehubungan dengan itu, Syed Saddiq meminta Lim Teong Kim untuk bertanggungjawab terhadap kegagalan pasukan kendaliannya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Skuad kendalian Lim Teong Kim memulakan kempen Piala AFC B-16 dengan menewaskan Tajikistan 6-2.

Walaupun menang dalam perlawanan tersebut, skuad negara gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 4-2 kepada Thailand di perlawanan kedua.

Dua perlawanan tersebut turut menyaksikan dua kad merah dilayangkan kepada pemain negara di setiap perlawanan.

Tewas kepada Jepun 2-0 di perlawanan terakhir bermakna Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan, sekaligus memadamkan impian untuk ke Peru tahun hadapan.

Ketika bercakap kepada wartawan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, Syed Saddiq dipetik sebagai berkata:

“Malah kontraknya yang berakhir pada 2020 perlu dinilai semula kerana gajinya mencecah RM175,000 sebulan tanpa dikenakan cukai,” katanya.

Komen Syed Saddiq tiba selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melepaskan jawatan jurulatih itu daripada mengendalikan skuad B-16 negara sebentar tadi.

Syed Saddiq turut mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Azli Abu Bakar  telah menyerahkan surat perletakan jawatan, namun belum dibincangkan di peringkat kementerian.

Teong Kim dilantik sebagai Pengarah NFDP pada 2013, sebelum turut bergelar Pengarah AMD pada 2016.

Bekas pemain Kuala Lumpur dan pasukan kebangsaan satu ketika dahulu itu memulakan karier kerujulatihan bersama skuad remaja Bayern Munich pada tahun 2001 sebelum menyertai NFDP.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN