Antonio Conte membalas kenyataan Mourinho yang menuduh beliau digantung kerana rasuah satu ketika dahulu. Persengketaan di antara Conte dan Mourinho bermula sejak musim lalu.
Ini apabila Mourinho memarahi Conte di tempat teknikal pasukan ketika pengendali Itali itu meraikan gol-gol Chelsea di Stamford Bridge. Mourinho menganggap tindakan Conte itu tidak menghormati orang lain.
Conte kecewa dengan Mourinho kerana beliau memang seorang yang penuh dengan tenaga di tepi padang. Selepas itu beberapa siri pertikaman lidah di antara 2 pengurus ini.
Namun begitu, ia semakin panas apabila Mourinho mengeluarkan kenyataan menyindir Conte minggu ini dan menggunakan hujah, Conte pernah digantung kerana isu rasuah.
Ini selepas Conte membalas kenyataan Mourinho yang menggelarkan beberapa pengurus termasuk Conte sebagai badut di tepi padang.
Conte menganggap Mourinho mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa tentang isu rasuah itu. Antonio Conte didapati tidak bersalah di dalam skandal tersebut.
Pada 2012/13, Conte digantung 4 bulan kerana gagal mengemukakan laporan yang diminta berakaitan dengan skandal mengatur perlawanan melibatkan Sienna.
Namun selepas siasatan, pada 2016 Conte di’bersih’kan namanya daripada sebarang salah laku. Conte melabel Mourinho seorang yang kerdil di mata beliau dan talam dua muka. Beliau berkata:
“Saya anggap Mourinho ni lelaki ‘kecil’ yang berprofail rendah. Apabila anda mahu membuat komen seperti itu, anda harus memastikan anda tahu akan hal yang sebenar.”
“Sebelum membuat komen menyakitkan hati orang lain, anda harus berikan sepenuhnya perhatian terhadap perkara tersebut. Anda secara tak langsung menunjukkan bahawa anda orang yang kecil.”
“Saya kenal dia sejak dari dulu lagi. Dalam banyak perkara dia adalah seorang yang kecil, dia kecil pada hari ini dan juga pada masa yang akan datang.”
Antonio Conte juga melabel Mourinho sebagai seorang yang hipokrit dan bermuka-muka (fake).
“Dia bukan masalah saya. Saya menganggap dia seorang yang kecil. Sebagai contoh, apa yang dia lakukan kepada Ranieri.”
“Saya ingat lagi satu contoh, dia dahulu pernah menyakitkan hati Ranieri dengan menghina bahasa Inggeris Ranieri. Dan bila Ranieri dipecat, dia memakai baju yang ada nama Ranieri. Ini membuktikan dia seorang yang bermuka-muka.”
Antonio Conte says Jose Mourinho is 'a fake' for his treatment of Claudio Ranieri pic.twitter.com/jM3ZNYiyFq
— BeanymanSports (@BeanymanSports) January 6, 2018
“Ketika anda mahu menewaskan orang itu dengan cuba membunuh dia, dan selepas 2 tahun, anda cuba membantu orang yang tersebut. Mungkin ia akan memberikan kebaikan kepada imej profail anda.”
Conte dan Mourinho akan bertemu di Old Trafford pada 25 Februari nanti dalam perlawanan EPL.