Di Mana Penghargaan Kedah Yang Lebih Istimewa Untuk Baddrol Bakhtiar?

Baddrol Bakhtiar

Hari ini Sabah mengesahkan bahawa pemain yang sudah dianggap legenda buat para penyokong Kedah, Baddrol Bakhtiar sah menyertai pasukan tersebut untuk musim hadapan.

Laman rasmi Kedah juga dilihat sudah pun mengeluarkan kenyataan akan pemergian bekas pemain tengah berpengaruh itu ke pasukan negeri bawah bayu itu untuk tatapan para penyokong.

Apa yang agak menyedihkan apabila bekas pemain paling lama beraksi buat Kedah itu dilayan seolah sama rata sahaja bersama pemain lain tanpa pengumuman yang lebih eksklusif untuk diri beliau.

Media Kedah dilihat membuat kerja mudah dengan mengumpulkan semua pemain yang bakal meninggalkan Kedah termasuk Baddrol Bakhtiar dan dibuat ucapan selamat tinggal dan terima kasih dalam satu kenyataan.

Diharap, pengurusan Kedah dapat memberi sesuatu yang lebih baik untuk pemergian bekas pemain tengah tersebut yang dilihat telah berjasa sepanjang musim turun naik Kedah selama ini.

Lihat sahaja bagaimana Steven Gerrard yang diberi penghormatan pada perlawanan akhir beliau dengan diberi ‘guard of honour’ setelah 17 tahun menabur bakti bersama Liverpool.

LIVERPOOL, ENGLAND – MAY 16: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Steven Gerrard of Liverpool receives a guard of honour ceremony before the Barclays Premier League match between Liverpool and Crystal Palace at Anfield on May 16, 2015 in Liverpool, England. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Untuk lebih jelas dalam Liga Malaysia pun ada sambutan pemergian yang dilihat memberi impak dan dilihat sangat mengenang bekas pemain mereka yang sudah menabur bakti selama ini bersama pasukan.

Lihat sahaja video tribute yang dibuat khas oleh media Selangor FC akan pemergian legenda mereka, Amri Yahyah yang dilihat mengenang baik jasa pemain tersebut selama menabur bakti bersama pasukan The Red Giants tersebut.

 

Baddrol selayaknya mendapat penghargaan yang sangat tinggi oleh pengurusan Kedah atas segala usaha, jasa, dan, kejayaan yang dicipta beliau selama bermain dengan pasukan Kedah.

Kesetiaan beliau bersama pasukan tersebut selama ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Rata-rata penyokong atau pemerhati bola sepak Malaysia juga bersetuju agar Kedah lebih peka dalam menghargai pemain ini.

Setiap musim akan ada keluar masuk, namun untuk Baddrol sesuatu yang sangat eksklusif dan perlu diberi tumpuan apabila penjaring 123 gol Kedah ini sah meninggalkan pasukan untuk musim hadapan.

3 Januari 2007 menjadi detik jaringan pertama beliau bersama Kedah dan dinoktahkan dengan baik pada 6 November 2021 untuk menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak Kedah sepanjang zaman dengan 123 gol peribadi.

Leave a Reply