Di Malaysia Pemain Posisi No. 6 Sering Diabaikan Dalam Menilai Kejayaan Pasukan

Zahril Azri Sarawak United

Kata orang, rezeki itu tak pernah salah alamat. Mungkin sudah tertulis buat Zahril Azri Zabri bahawa Sarawak United adalah destinasi terbaik dalam perjalanan melonjakkan karier dan namanya dalam pentas bola sepak Malaysia.

Zahril sebenarnya bukanlah calang-calang pemain. Beliau merupakan bekas pemain Bawah 19 tahun negara ketika kejohanan AFC 2018 di Indonesia dan pernah beraksi untuk Felda United pada 2019 dan kemudian Selangor 2 pada musim lalu.

Berusia 22 tahun, beliau kini berharap penghijrahannya ke pasukan Borneo itu akan membawa sinar baharu dalam kariernya apabila sukar mendapat peluang bermain dalam beberapa musim sebelum ini.

“DiSelangor 2, ramai yang tahu saya agak kurang minit permainan kerana saingan sengit di bahagian tengah dan hanya dapat bermain dalam empat perlawanan sahaja,” kata Zahril dalam temubualnya bersama MFL.

“Jadi harap penghijrahan ke Sarawak ini akan memberikan lonjakan dalam karier dan setakat ini saya gembira kerana diturunkan dalam sembilan perlawanan kecuali pada satu perlawanan ekoran digantung perlawanan.”

Selain itu, Zahril turut mengakui satu cabaran unik bermain di Sarawak kerana dikelilingi ramai pemain berpengalaman yang berusia 30 tahun ke atas.

“Saya gembira di sini kerana ramai pemain senior dalam pasukan ini seperti Taylor Regan, Christie Jayaseelan dan Mat Yo [Norshahrul Idlan Talaha] yang boleh memberikan bimbingan kepada pemain muda.

“Pengalaman mereka di beraksi di pentas tertinggi telah membantu pasukan dan saya tidak kekok beraksi di samping mereka kerana peluang sebegini sukar didapati di mana-mana pasukan.”

Zahril yang beraksi selaku pemain nombor 6 bertekad mahu mencipta impak di posisi itu supaya peminat bola sepak di negara ini menyedari akan kepentingan posisi itu dalam taktikal pasukan.

Ini kerana seringkali kejayaan sesebuah pasukan hanya berkisarkan kepada sejauh mana ketajaman seseorang penyerang dan kekuatan bahagian pertahanan termasuk kecekapan penjaga gol.

Sedangkan peranan pemain yang berfungsi selaku watak nombor 6 di dalam pasukan atau lebih tepat pemain tengah bertahan amat penting dalam melindungi barisan pertahanan. Namun mereka amat kurang diberi perhatian.

Keadaan ini jauh berbeza dengan bola sepak Eropah yang menghargai akan kepentingan pemain di posisi ini seperti N’Golo Kante, Joshua Kimmich, Casemiro, Sergio Busquets, Pierre Emile Hojbjerg dan Rodri.

Keberkesanan terhadap kestabilan barisan pertahanan seringkali memerlukan seorang pemain yang boleh melakukan ‘kerja-kerja ‘kotor’ seperti menyekat pergerakan serang balas lawan dan sekaligus mengurangkan beban perlu dipikul benteng pasukan.

Malah pemain inilah yang turut berperanan penting dalam membantu memulakan pergerakan dari bawah sebelum pasukan melakukan serangan.

“Sebelum bola hendak sampai ke bahagian pertahanan, lawan perlu melalui pemain nombor enam dahulu dan kita yang perlu mengganggu pergerakan dengan cuba lakukan bentesan atau merampas bola ke atas diri mereka,” ujarnya lagi.

“Hanya orang tahu mengenai bola sepak sahaja tahu kepentingan pemain nombor enam di atas padang dan saya bersetuju peminat jarang berikan pujian kepada pemain di posisi ini jika pasukan mencapai kejayaan.

“Dalam pasukan kami sudah mempunyai ramai pemain yang hebat di barisan serangan seperti Lee Chang Hoon dan Uche Agba namun ia perlu diseimbangkan dengan kekuatan di bahagian bawah.

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

“Saya telah buktikan selepas membantu barisan pertahanan dalam 10 perlawanan lalu dengan banyak kali kami berjaya mencapai ‘clean sheet’ yang turut membantu kepada faktor kemenangan pasukan.”

Sarawak United kini memimpin carta Liga Premier dengan pungutan 23 mata, hanya satu mata dipisahkan di hadapan Negeri Sembilan FC yang memberikan cabaran hebat di kedudukan kedua.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Perak Nafi Kontrak Jeon Hyo-seok, Kenyataan Mehmed Pada 2020 Pula Sebaliknya

Jika Tidak Diberi Peluang Beraksi, Jangan Takut Berpindah Ke Pasukan Lain

[VIDEO]: Tonton Nasihat Emas Mokhtar Dahari Mengenai Tanggungjawab Bermain Untuk Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN