Di Francesco: Saya Tidak Boleh Letakkan Tiga Orang Pemain Untuk Awasi Mohamed Salah

Pengurus AS Roma, Eusebio Di Francesco mengakui ancaman hebat yang bakal diberikan bintang Liverpool, Mohamed Salah pada aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadio Olimpico pada awal pagi esok.

Beliau mahu anak buahnya memberikan fokus bagi menangani kepantasan dan kelincahan yang bakal ditampilkan pemain antarabangsa Mesir itu.

Pada aksi pertama di Anfield tempohari, Salah memainkan peranan penting setelah menghasilkan dua gol serta mencipta dua bantuan jaringan untuk mencatatkan kemenangan 5-2 terhadap bekas pasukannya.

Namun, bagi pengendali kelahiran Itali itu, tidak wajar baginya untuk mengubah keseluruhan perancangan pasukan demi untuk menghalang pemain yang telah menjaringkan 43 gol dalam semua pertandingan yang disertai musim ini.

”Saya tidak boleh mengubah skuad ini hanya kerana seorang pemain yang melakukan kelainan pada perlawanan pertama.”

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 24: Mohamed Salah of Liverpool celebrates scoring his second goal during the UEFA Champions League Semi Final First Leg match between Liverpool and A.S. Roma at Anfield on April 24, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Kami perlu melakukan kerja dengan lebih baik dalam mekanisme yang digunakan.”

”Saya mendengar ramai yang mengatakan mengenai tiga pemain pertahanan dan bukannya lima pemain pertahanan. Saya suka apabila kami bermain 4-3-3 dan apabila sesuai, kami bermain 4-5-1.”

“Apa yang boleh saya katakan, aplikasi dan tumpuan kepada pemain yang mempunyai kualiti mengagumkan (Mohamed Salah) adalah penting.”

”Kami perlu untuk membaca dengan lebih baik situasi sedemikian.”

”Saya tidak boleh meletakkan tiga orang pemain bagi mengawasi Mohamed Salah.”

Jaringan lewat permainan daripada Edin Dzeko dan Diego Perotti pada pertemuan di Anfield memberikan keyakinan buat AS Roma untuk sekali lagi melakukan kejutan di laman sendiri selepas mereka melakukannya ketika menundukkan gergasi Sepanyol, Barcelona dalam aksi suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN