DFB Sedih Kehilangan Ozil, Nafi Tidak Melindungi Pemain Itu Daripada Cemuhan Perkauman

Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) menolak sekeras-kerasnya dakwaan Ozil yang menyatakan persatuan tersebut tidak melindungi pemain itu daripada serangan perkauman.

Ozil membuat kenyataan rasmi tentang persaraan beliau semalam dan menyatakan salah satu punca beliau bersara kerana DFB tidak protektif di atas situasi yang melanda beliau.

DFB dalam kenyataan media mereka semalam berkata:

“Kami kesal dengan keputusan Mesut Ozil yang bersara daripada pasukan kebangsaan Jerman. Kami masih mahukan beliau menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Namun kami harus menghomati pilihan beliau.”

“Berkenaan dengan prestasi buruk di Piala Dunia Rusia, kami adalah pasukan yang memegang polisi menang dan kalah bersama untuk kesemua orang yang ada di dalam pasukan.”

“Apa yang kami gabungkan di dalam dan di luar padang adalah menghormati hak asasi manusia, kebebesan bersuara dan saling menghormati, toleransi dan permainan yang adil.”

“Kami dengan tegas menolak anggapan bahawa DFB ada unsur perkauman. Kami adalah satu badan yang telah terlibat secara mendalam dalam kerja-kerja intergrasi di Jerman selama bertahun-tahun.”

DFB mengakui mereka ada meminta penjelasan peribadi daripada Mesut Ozil berkenaan dengan gambar beliau dengan Presiden Turki, Recep Edorgan.

“Komitmen untuk nilai-nilai asas ini perlu ada dalam setiap pemain bola sepak Jerman. Oleh kerana foto melibatkan Presiden Turki, Edorgan telah menimbulkan pertanyaan ramai rakyat Jerman.”

(L-R) Germany’s midfielder Mesut Ozil, Germany’s forward Thomas Mueller and Germany’s defender Mats Hummels celebrate after Mueller scored their first goal during the semi-final football match between Brazil and Germany at The Mineirao Stadium in Belo Horizonte during the 2014 FIFA World Cup on July 8, 2014. AFP PHOTO / PATRIK STOLLARZ (Photo credit should read PATRIK STOLLARZ/AFP/Getty Images)

“Kami akui secara kritis, DFB telah cuba menangani isu tersebut namun agak mengecewakan apabila Ozil merasakan dirinya tidak cukup dilindungi daripada slogan perkauman ke atas dirinya secara peribadi. Ianya turut berlaku kepada Boateng sebelum ini.”

“Seperkara yang penting adalah, Ozil harus memberikan jawapan kepada umum tentang foto tersebut sepertimana yang dilakukan Ilkay Gundongan.”

Walaupun sedih kehilangan Ozil namun DFB berikrar akan terus menyokong intergrasi di dalam pasukan mereka seperti biasa untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

Intergrasi ini pastinya perlu dijaga kerana mereka ada ramai pemain daripada keturunan imigran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN