DFB Pokal: Werder Bremen Tunjukkan Jalan Keluar Buat Borussia Dortmund

Werder Bremen

Pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund menerima tamparan hebat selepas tersingkir di peringkat 16 terbaik saingan DFB Pokal selepas tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada pertemuan menentang Werder Bremen.

Lebih perit, kekalahan itu berlaku di gelanggang keramat Dortmund, Signal Iduna Park pada aksi 120 minit terikat dengan keputusan 2-2.

Pemain Werder Bremen, Milot Rashica mengejutkan tuan rumah seawal minit kelima selepas penyerang tersebut menyambar sepakan percuma diambil Max Kruse yang terus menerjah gawang Borussia Dortmund.

Kapten Dortmund, Marco Reus kembali menyamakan kedudukan pada lewat aksi babak pertama, juga menerusi sepakan percuma yang membuatkan penjaga gol Werder Bremen, Jiri Pavlenka sekadar melihat sahaja bola membolosi pintu golnya.

Reus kemudiannya terpaksa dikeluarkan pada awal separuh masa kedua apabila beliau disyaki mengalami kecederaan.

Keputusan 1-1 kekal hingga tamat permainan memaksa aksi dilanjutkan ke masa tambahan.

Christian Pulisic dan Achraf Hakimi memberikan kelebihan jaringan buat Dortmund pada minit ke-105 dan 113 tetapi Claudio Pizarro (minit 108) dan Martin Harnik (minit 119) terus menjadi penghalang kepada usaha kemaraan mereka.

Jiri Pavlenka muncul wira buat Werder Bremen selepas beliau berjaya menafikan dua sepakan penalti awal yang diambil Paco Alcacer dan Maximilian Philipp.

Sementara itu, Kruse melengkapkan malam gemilang buat Werder Bremen dengan menyempurnakan sepakan penalti keempat untuk membawa pasukannya ke peringkat suku akhir.

Tiga lagi sepakan penalti Werder Bremen disempurnakan oleh Claudio Pizarro, Maximilian Eggestein dan Davy Klaassen.

Kredit foto: Werder Bremen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN