Robert Lewandowski muncul wira selepas jaringannya pada separuh masa kedua membawa Bayern Munich ke perlawanan akhir Piala Jerman buat tahun ketiga berturut-turut selepas menewaskan Eintracht Frankfurt 2-1 pada awal pagi tadi.
Ia sekaligus meletakkan Bayern dalam kedudukan terbaik untuk memburu kejuaraan ‘treble’ pada musim ini dengan mereka semakin hampir untuk meraih kejuaraan Bundesliga ketika saingan hanya berbaki empat perlawanan sahaja lagi.
Bayern menurunkan barisan terbaiknya termasuk Lewandowski dan Thomas Muller yang telah digantung satu perlawanan Bundesliga kerana mengutip kad kuning kelima musim ini dalam perlawanan liga menentang Bayer Leverkusen sebelum ini.
Bayern menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dengan baik dan mendahului menerusi jaringan Ivan Perisic yang menanduk masuk hantaran Muller seawal minit ke-14. Mereka berpeluang untuk menambah beberapa gol lagi tetapi dikecewakan dengan kecekapan penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp.
The power on that diving header 😳
— The DFB-Pokal (@DFBPokal_EN) June 10, 2020
This was quite something from Ivan Perisic 💥 #DFBPokal #FCBSGE pic.twitter.com/wqEn5x9Ytk
Skuad kendalian Hansi Flick yang dilihat terleka dengan pendahuluan satu gol itu kemudian tersentak apabila Frankfurt kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi Danny Da Costa.
Lima minit kemudian, jaringan kedua Bayern oleh Lewandowski pada awalnya dibatalkan kerana penjaga garisan mendakwa pemain berada pada kedudukan ofsaid. Namun ia diberikan selepas pengadil membuat semakan VAR.
“Pada separuh masa pertama, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol, Babak kedua kami tidak bermain dengan baik,” kata Flick selepas perlawanan.
One step closer 🏆@DFBPokal_EN #MiaSanMia pic.twitter.com/X1p6DbaVHv
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) June 10, 2020
“Tetapi ini adalah pertandingan Piala Jerman dan yang paling penting kami sudah layak [ke perlawanan akhir]. Sepatutnya ia boleh menjadi lebih mudah pada separuh masa kedua jika kami manfaatkan sebaiknya separuh masa pertama.”
Dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Berlin pada 4 Julai nanti, Bayern akan bertemu Bayer Levekusen yang telah menyingkirkan pasukan divisyen keempat Saarbruecken 3-0 pada Selesa.