DFB Pokal 2018: Kovac Pimpin Eintracht Frankfurt Kejutkan Bayern Munich

Sudah 30 tahun mereka tidak memenanginya, kali ini Eintracht Frankfurt meraih gelaran kelima DFB Pokal. Eintracht mengejutkan Bayern Munich dalam perlawanan akhir DFB Pokal.

Perlawanan ini berlangsung di Olympiastadion, Berlin.

Gemilang buat Eintracht

Ante Rebic menjaringkan gol pendahuluan untuk Eintracht pada minit ke-11. Eintracht mendahului permainan sehingga tamat separuh masa pertama dengan kelebihan satu gol.

Robert Lewandoski menjaringkan gol penyamaan untuk Bayern pada minit ke-53.

(Photo credit should read CHRISTOF STACHE/AFP/Getty Images)

Perlawanan ini menghadapi sedikit kontroversi apabila Bayern Munich dinafikan penalti. Pemain Bayern, Javi Martinez dijatuhkan oleh Kevin-Prince Boateng.

Pengadil perlawanan, Felix Zwayer merujuk VAR dan kemudiannya memberikan sepakan penjuru berpihak kepada Bayern.

Hero buat Ante Rebic

Ante Rebic meraikan gol dijaringkan beliau. Sumber: Eintracht Frankfurt.

Ante Rebic menjaringkan gol kedua beliau dalam perlawanan ini. Gol itu dijaringkan pada minit ke-82.

Ante Rebic menyertai Eintracht dari Fiorentina pada 2016.

Kemudiannya, Mihat Gacinovic menjaringkan gol ketiga untuk Eintracht pada minit-minit kecederaan. Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Eintracht sebenarnya mempunyai penguasaan bola sebanyak 23% berbanding Bayern. Namun penguasaan bola yang berkelebihan pada Bayern itu tidak bermakna kerana penjaga gol, Sven Ulreich melepaskan 3 gol.

(Photo credit should read ARNE DEDERT/AFP/Getty Images)

Para penyokong Eintracht menyerbu padang untuk meraikan kejayaan DFB Pokal kali kelima. Perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir pengurus Eintracht, Niko Kovac.

Niko Kovac akan memulakan tugas sebagai pengurus Bayern Munich mulai 1 Julai 2018.

Tiket Eropah

Eintracht Frankfurt akan beraksi dalam Liga Europa musim hadapan. Mereka akan memulakan saingan bermula di peringkat kumpulan.

Eintracht juga akan berhadapan Bayern Munich dalam DFL Super Cup. Perlawanan itu akan diadakan di Commerzbank Arena, Frankfurt.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN