DFB Mahu Schweinsteiger Beraksi Untuk Kali Terakhir

Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) mahu bekas kapten mereka tampil dalam satu perlawanan khas untuk Die Mannschaft.

Bastian Schweisnteiger telah megumumkan persaraan beliau daripada bolasepak antarabangsa selepas kejohanan Piala Eropah 2016.

2661

DFB berharap Bastian Schweinsteiger akan muncul dalam perlawanan persahabatan menentang Finland pada 31 Ogos ini.

Perlawanan yang akan berlangsung di Monchengladbach itu membolehkan para penyokong Jerman mengucapkan selamat tinggal kepada bekas kapten mereka dengan slogan ‘Servus, Basti!’ atau ‘Selamat Tinggal, Basti!’

Schweinsteiger telah muncul dalam 120 perlawaan untuk negaranya dalam tempoh kira-kira 12 tahun.

Schweinsteiger Teruja!

Terharu dengan perlawanan khas itu, Bastian mengucapkan jutaan terima kasih kepada DFB.  Beliau berkata:

“Ia pasti akan menjadi malam yang istimewa. Saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada DFB dan penyokong Jerman.”

“Saya tidak sabar-sabar untuk muncul kali terakhir untuk Jerman.”

Untuk Podolski Akan Menyusul!

Seorang lagi bintang yang telah bersara, Lukas Podolski juga akan diberikan penghargaan sedemikian. Namun perlawanan untuk Podolski cuma akan dirancang selepas pemain veteran itu pulih daripada kecederaan kelak.

Joachim Loew gembira dengan cadangan tersebut. Beliau berkata:

“Schweinsteiger dan Podolski adalah pemain yang sudah banyak menabur bakti untuk FA Jerman, dan negara Jerman secara umumnya.”

“Saya yakin, ia adalah detik bermakna untuk kedua-dua mereka bermain untuk kali terakhir bersama Jerman. Ia membuktikan betapa pentingnya pasukan ini kepada mereka dan juga pentingnya mereka kepada pasukan ini.”

Podolski dan Schweinsteiger membuat penampilan pertama untuk Jerman pada Jun 2004 dalam perlawanan persahabatan menentang Hungary.

Sumber: Skysports

Baca juga: Isu Mourinho ‘Buang’ Schweinsteiger: Mourinho Patut Dipenjarakan Menurut Pegawai FIFPro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN