Dewa United Berang Akan Kualiti ‘Buruk’ Pengadil Di Indonesia

Salah satu pasukan yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia iaitu Dewa United jelas tidak berpuas hati akan kualiti pengadil sejak beberapa perlawanan dihadapi mereka lalu.

Tiga pengadil yang setakat ini tampil dengan mutu mengecewakan ialah Ryan Nanda Saputra, Rio Permana Putra, dan Nendi Rohaendi dan pasukan tersebut meminta supaya Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghentikan sahaja khidmat mereka.

Isu pengadil di Indonesia bukan lagi sesuatu yang baharu, selepas musim lalu juga menunjukkan beberapa daripada mereka telah digantung PSSI kerana tampil dengan keputusan meragukan.

Menurut Presiden Dewa United, Ardian Satya Negara beliau menyifatkan kelalaian dipamerkan oleh pengadil perlawanan berulang kali hanya akan mencemarkan nama bola sepak di Indonesia.

Malah, ianya juga dianggap hanya akan menyekat kemajuan bola sepak di Indonesia yang kini sepatutnya sedang pesat membangun.

“Buruknya kepimpinan ditampilkan oleh pengadil ketika mengemudi perlawanan bukan sahaja menciptakan persepsi buruk untuk nama bola sepak Indonesia, tetapi turut menyekat kemajuan saingan liga kini.

“Pengadil tak seharusnya hanya tahu meniup wisel di atas padang, tetapi perlu cermat ketika membuat sebarang keputusan di atas padang.

“Yang menjadi mangsa bukan sekadar pemilik kelab, tetapi semua para pemain dan kejurulatihan yang membuat persediaan daripada segi fizikal dan strategi turut merasa rugi,” kata beliau menerusi Bola.com.

Untuk kesan jangka masa panjang, Ardian juga menyatakan kualiti pengadil turut akan memberi kesan buat nilai bola sepak dalam saingan liga di Indonesia sendiri.

Disebabkan itu beliau menggesa supaya PSSI mengambil tindakan segera pengadil yang sudah terbukti memiliki kualiti rendah untuk diturunkan pada perlawanan rasmi.

“Kalau dalam perjalanan liga kini pun sudah dirosakkan oleh keputusan-keputusan tidak tepat dalam saingan liga, bagaimana kelab mahu terus memberi kepercayaan serta berkembang?

“Saya sendiri bersimpati dengan nasib penyokong setia bola sepak di Indonesia yang terus melihat kualiti pengadil tidak berguna ketika ini, VAR memang harus digunakan secepat mungkin,” tegas beliau lagi.

Pada masa sama, Dewa United juga dilaporkan telah menghantar satu laporan rasmi kepada Exco Pengadil PSSI atas rasa kurang berpuas hati dengan mutu pengadilan sejak tiga perlawanan lalu dihadapi mereka.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN