Detik Perebutan Kasut Emas Liga Perdana 1997 Sentiasa Di Minda Laszlo Repasi

Laszlo Repasi

Peminat bola sepak negara dan Perak khususnya pasti tidak dapat melupakan impak pantas yang berjaya diperagakan penyerang import dari Hungary, Laszlo Repasi dalam saingan Liga Perdana 1997.

Beliau hadir ke Perak pada pertengahan musim bersama-sama rakan senegara, Janos Krescka menggantikan Zlatko Vidan dan Kim Sang Hun yang gagal mempamerkan aksi yang diharapkan mendiang Karl Heinz Weigang yang ketika itu membimbing Perak.

Perak hanya mencatatkan 3 kemenangan, 2 seri dan 9 kekalahan pada pusingan pertama liga ketika itu lantas membuatkan Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin Raja Omar yang merupakan pengurus pasukan memilih untuk mendapatkan awang import baru bagi mengubah nasib pasukan.

Repasi hadir tepat pada masanya apabila berjaya menyumbangkan 19 gol dalam 14 penampilannya bersama Perak pada musim tersebut. Ketajaman yang dibuktikan menjadikan pemain kelahiran Budapest berusia 51 tahun itu menjadi fenomena di Perak ketika itu.

Berikutan dengan itu, Perak telah berjaya memperbaiki persembahan dan mencatatkan 9 kemenangan 3 seri dan 2 kekalahan untuk terus berada ditangga ke-8 pada hujung saingan.

Ketika dihubungi Semuanya BOLA menerusi laman sosial Facebook, Repasi menjelaskan bahawa pencapaian tersebut sentiasa bermain di minda beliau walaupun perkara tersebut sudah berlalu 20 tahun yang lalu.

19 Gol yang dihasilkan itu juga menobatkan beliau sebagai penjaring terbanyak liga dan terdapat kisah menarik disebalik kejayaan tersebut.

“Sebelum perlawanan terakhir liga Perak menentang Johor, saya dan penyerang dari Brazil yang bermain untuk Kedah, Carlos Roberio berkongsi 18 gol. Kami terpaksa bersaing hingga perlawanan terakhir untuk menentukan pemenang kasut emas.”

“Ketika bertemu Johor dihadapan ribuan penyokong setia Perak, saya berjaya mendapatkan satu gol hasil  assist daripada Mat Zahir Wahab dan kami menang 2-0 pada perlawanan itu.”

Laszlo Repasi
Kasut emas yang dimenangi beliau.

“Kami terpaksa menunggu pengumuman mengenai perlawanan di Stadium Darul Makmur kerana sewaktu itu mereka melayan kunjungan Kedah dan akhirnya pengumuman dilakukan dengan keputusan terikat 2-2. Yang menarik adalah Carlos Roberio tidak berjaya menjaringkan gol.”

“Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan, saya meraikan kejayaan mendapatkan kasut emas itu bersama-sama para penyokong di Stadium Perak.”

“Walaupun hanya sempat beraksi separuh musim (14 perlawanan), saya masih mampu untuk menghasilkan 19 jaringan. Ini satu kepuasan buat saya dan juga merupakan antara detik indah saya sepanjang pembabitan dalam bola sepak.”

Repasi yang kini berada di Hungary menyatakan kesediaan untuk kembali ke Perak sekiranya khidmatnya diperlukan untuk dicurahkan kepada pasukan.

“Bersama Perak adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Diharapkan satu hari nanti saya dapat kembali ke Ipoh kerana saya merindui kecintaan dan sikap prihatin para penyokong Perak terhadap saya diatas sumbangan yang saya berikan pada pasukan.”

“Sekiranya pasukan Perak mahukan khidmat saya, saya sudi untuk menabur bakti bagi berkongsi segala yang saya miliki buat pasukan ini.”

Kredit foto : Kiriman dari Laszlo Repasi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN