Leroy Sane dan Sadio Mane terlibat dengan satu insiden pertukaran pemain yang dianggap antara paling janggal dalam sejarah dunia bola sepak ketika aksi pertemuan antara Bayern Munich bertemu Manchester City awal pagi tadi.
Seperti peminat sedia maklum, Mane dan Sane terlibat dalam satu insiden pergaduhan dengan bintang Senegal itu dilaporkan menumbuk muka pemain kebangsaan Jerman itu selepas tamat aksi leg pertama bertemu Manchester City di Etihad minggu lalu.
Pergaduhan antara kedua-dua pemain itu bermula sejak ketika mereka masih berada di atas padang lagi, dan kemuncak pergaduhan antara mereka berlaku selepas tamat perlawanan tersebut.
Sane ↪️
Mane ↩️👀👀👀 pic.twitter.com/hHMXg5EbVP
— LiveScore (@livescore) April 19, 2023
Sadio Mane telah menerima hukuman denda yang paling besar dalam sejarah kelab selepas beliau didapati bersalah menumbuk muka rakan sepasukannya itu.
Selepas insiden tersebut, ramai yang mula mempersoalkan masa depan bekas bintang Liverpool itu di Allianz Arena.
Namun begitu, Thomas Tuchel menunjukkan yang beliau masih mempercayai Sadio Mane, dengan beliau memasukkan pemain penyerang itu pada aksi babak kedua permainan dengan harapan agar bintang Senegal itu akan mampu bantu Bayern menewaskan Man City.
Usaha Tuchel berakhir dengan kegagalan selepas Bayern Munich hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 sahaja bertemu Man City di Allianz Arena awal pagi tadi.
Bayern Munich tersingkir dari saingan Champions League musim ini selepas mereka mencatatkan kekalahan 4-1 menerusi keputusan aggregate.
Thomas Tuchel brought Sadio Mane on for Leroy Sane 😬 pic.twitter.com/UMnuTAU7Iw
— GOAL (@goal) April 19, 2023
Beberapa minit selepas Man City memperoleh gol pertama mereka dalam perlawanan ini, Tuchel membawa masuk Sadio Mane untuk menggantikan Leroy Sane.
Mane dan Sane dilihat sangat tidak selesa dengan situasi tersebut dan peminat turut menganggap ia antara situasi pertukaran pemain paling janggal dalam sejarah dunia bola sepak.
Bekas bintang Liverpool itu dilihat menghulurkan kedua-dua tangan untuk bersalam dengan Sane yang ketika itu mahu meninggalkan padang.
Sane walau bagaimanapun hanya membalas dengan menghulurkan satu tangan sahaja kepada Mane.
Apa yang membuatkan situasi itu lebih janggal adalah kedua-dua pemain itu saling tidak memandang antara satu sama lain.
Sadio Mané subs on for Leroy Sané 👀 pic.twitter.com/Izt255CUlB
— ESPN FC (@ESPNFC) April 19, 2023
Mane hanya memandang ke hadapan untuk masuk ke padang, dengan Sane pula langsung tidak melihat Mane ketika beliau sedang melangkah keluar padang.
Situasi janggal itu berjaya mencuri perhatian peminat yang hangat membahaskan tentang hal tersebut di media sosial.
“Saga antara Mane dan Sane nampaknya semakin menarik, adakah ini cara untuk Tuchel damaikan kedua-dua mereka?”
“Saya suka dengan cara Tuchel, dia mahu kedua-dua mereka berhubung, walau kita tersingkir, tapi saya gembira lihat usaha Tuchel mahu harmonikan bilik persalinan.”
“Kedua-dua mereka nampak profesional, walau saling tak melihat antara satu sama lain, mereka tetap bersalam.”
“Saya rasa ini antara pertukaran paling janggal yang pernah saya tengok.”
🚨 Bayern have suspended Sadio Mané for the next game — he won’t be in the squad vs Hoffenheim and will also be fined.
This happens due to his fight with Leroy Sané after City game when he punched Sané in his face in dressing room after having an argument during the match. pic.twitter.com/HUTkr3rwQV
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 13, 2023
Sebelum dikeluarkan, Sane sebenarnya memiliki kesempatan emas untuk menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, namun beliau gagal untuk melakukannya.
Beliau sendiri mengakui hal tersebut ketika ditemu bual selepas tamat perlawanan.
Bercakap kepada BT Sport, Sane menyatakan bahawa:
“Ia satu persembahan yang baik dari kami, perlawanan yang sengit. Saya sepatutnya jaringkan gol. Ia sangat sukar kerana kami kalah 3-0 dalam perlawanan pertama.”
“Kami dapat kawal mereka, menekan mereka dengan sangat baik dan menang banyak bola di kawasan midfield.”
Thomas Tuchel defends Sadio Mane after Leroy Sane fight 🙏 pic.twitter.com/6B7tqxHdsU
— GOAL (@goal) April 14, 2023
“City sangat-sangat berpengalaman dan tahu bagaimana untuk kawal permainan, dan kerana itulah sangat menjengkelkan ketika kami kalah 3-0. Saya sangat berbangga dengan persembahan kami. Kami perlu kekalkan semangat itu.”