Situasi di Manchester United jelas sukar ketika ini dengan isu utama selain prestasi tidak menentu pasukan itu adalah hal melibatkan Jose Mourinho dan Paul Pogba.
Manchester United kini telah menyingkirkan Pogba dari senarai ketua pasukan kelab tersebut dan situasi itu jelas tidak menyenangkan pengendali Perancis – Didier Deschamps.
Menurut laman Goal, Deschamps mempertahankan kredibiliti Pogba sebagai ketua pasukan dengan mengatakan apa yang terjadi di Manchester United bukanlah kerana pemain itu sahaja.
Sebaliknya ia turut melibatkan apa yang berlaku di sekeliling pemain itu.
“Paul Pogba merupakan seorang pemain yang mempunyai sikap yang cukup positif.”
“Tetapi pada saya, corak permainan dan juga para pemain yang ada dalam pasukan mungkin menjadi isu di peringkat kelab.”
Dalam masa yang sama, Deschamps turut mempertahankan prestasi pemain tersebut yang dilihat cukup berbeza ketika bersama Perancis dengan Manchester United.
Hal ini menurut Deschamps, ia memerlukan usaha kolektif untuk memperoleh kemenangan dalam sukan bola sepak.
“Ia bukanlah kita serahkan semua bebankan kepada Pogba sahaja tetapi kepada pasukan yang beliau sertai juga, cara kolektif untuk bermain.”
“Ia bukannya satu pemain akan buatkan sesebuah pasukan itu menang.”
Situasi buruk di Manchester United semakin terserlah selepas kelab itu tumbang 3-1 di tangan West Ham United di London.
Lebih mencuri tumpuan apabila Pogba dikeluarkan awal oleh Mourinho sewaktu perlawanan berlangsung.