Olivier Giroud :”Deschamps Nasihatkan Saya Tinggalkan Arsenal”

Olivier Giroud hampir pasti akan melakukan penampilan pertama bersama Chelsea ketika menentang Watford pada awal nanti setelah mengesahkan perpindahan ke Stamford Bridge pada penghujung jendela perpindahan lalu.

Pemain berusia 31 tahun tersebut turut dikehendaki oleh Borussia Dortmund, Sevilla dan juga Roma. Namun Giroud memilih untuk terus kekal di London untuk meneruskan karier bola sepaknya.

COBHAM, ENGLAND – JANUARY 31: Olivier Giroud of Chelsea signs his contract at Chelsea Training Ground on January 31, 2018 in Cobham, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Perpindahan Giroud dilaporkan melibatkan nilai £18 juta dibayar oleh Chelsea kepada Arsenal. Beliau menjelaskan perpindahan tersebut harus dilakukan demi kelangsungan karier antarabangsanya.

Bercakap kepada stesen televisyen di Perancis, Giroud turut menjelaskan peranan pengurus skuad kebangsaan Perancis di dalam perpindahan tersebut.

Giroud dipetik sebagai berkata:

“Sebenarnya Deschamps tidak mempengaruhi saya untuk datang ke Chelsea. Namun beliau berkata bahawa saya perlu menukar kelab.”

“Sudah tentu saya mahu beraksi bersama Perancis di Piala Dunia di Rusia. Ia pasti akan menjadi peluang terakhir untuk saya beraksi di Piala Dunia. Kerana itu, saya perlu memberikan diri saya peluang.”

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

“Seminggu sebelum membuat keputusan untuk menyertai Chelsea, saya berjumpa dengan Deschamps. Saya hanya mahukan pendapat dan pandangan beliau.”

Kedudukan Giroud di dalam kesebelasan utama pilihan Arsene Wenger mulai menjadi persoalan selepas ketibaan Alexandre Lacazette pada musim panas lalu.

Walaupun sukar mendapatkan minit untuk beraksi, Giroud masih mampu menjaringkan sembilan gol untuk Arsenal.

Namun demikian, ketibaan Pierre-Emerick Aubameyang baru-baru ini adalah petanda jelas bahawa Giroud sudah tidak ada di dalam perancangan Wenger.

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

“Pilihan saya sangat mudah. Musim panas lalu, saya mahu kekal bersama Arsenal walaupun selepas ketibaab Lacazette. Namun demikian, pengurus mahukan seorang lagi penyerang tengah.”

“Apabila Aubameyang disahkan tiba di Emirates, ini bermakna Arsenal memiliki tiga penyerang tengah. Secara logik, itulah sebab utama saya mengambil keputusan untuk berpindah.”

“Pilihan kemudian menjadi sangat jelas. Saya mengenali Antonio Conte, dan saya mahu bekerja bersama beliau.” jelas Giroud.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN