Derma Darah: Punca Utama Kenapa Cristiano Ronaldo Tak Bertatu

Derma darah bukanlah satu topik yang hangat dibincangkan dalam komuniti peminat bola sepak. Bagi saya, ia agak sayang kerana bayangkan berapa banyak kesedaran boleh kita timbulkan melalui medium bola sepak.

Bercakap mengenai topik derma darah, saya tahu satu-satunya sebab Cristiano Ronaldo tidak bertatu adalah kerana beliau merupakan penderma darah yang konsisten.

Sebagai peminat bola sepak, kita semua tahu betapa gilanya bintang bola sepak Eropah dengan tatu mereka.

Tetapi Cristiano Ronaldo memilih untuk tidak bertatu bukan kerana tak minat bertatu. Sebaliknya ia akan mengganggu komitmen menderma darahnya sebanyak 2 kali setahun.

Jika anda bertatu (atau berbekam), anda perlu menunggu hingga 4 bulan sebelum anda boleh menderma darah.

Ini kerana dengan bertatu atau berbekam, anda boleh terdedah dengan risiko virus seperti Hepatitis B yang disebabkan oleh penggunaan alatan yang tak steril.

Walaupun kebarangkalian penggunaan alatan yang tak steril sangat-sangat jarang berlaku di kalangan pencacah tatu berlesen dan pembekam bertauliah, Pusat Darah Negara tak mahu mengambil risiko. Risiko yang kemudiannya akan memudaratkan si penerima darah.

Selain menjadi penderma darah, bintang Real Madrid dan Portugal ini juga merupakan penderma sumsum tulang (bone marrow).

Ronaldo mula menjadi penderma darah dan sumsum tulang selepas tergerak hati untuk membantu Gustavo, anak Carlos Martins; rakan sepasukannya di skuad Portugal (gambar bawah, kanan).

Pada tahun 2011, Gustavo menghidap penyakit leukaemia.

“Pernah sekali Carlos (Martins) memberitahu kami ketika latihan skuad kebangsaan. Dia memberitahu kami tentang masalah anaknya,” kata Ronaldo kepada stesen radio Cadena Cope.

“Jadi kami, pemain-pemain semua, bersatu untuk membantu beliau dan anaknya kerana kami tahu betapa sukarnya situasi yang beliau hadapi.”

Terima kasih Ronaldo kerana menggerakkan hati kami di Semuanya BOLA untuk mula menderma darah buat kali pertama kali.

Pemain bola sepak yang kaya-raya seperti anda boleh sahaja menderma duit untuk membantu orang lain. Tetapi apabila anda menderma darah dan sumsum tulang, anda adalah pemain bola sepak yang sangat kami hormati di dalam dan luar padang.

Kriteria untuk derma darah:

1. Sihat tubuh badan

2. Berumur:
– di antara 18-70 untuk yang derma darah
– di antara 18-60 untuk kali derma darah
– 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga)

3. Berat badan 45kg ke atas

4. Tidur minimum 5 jam

5. Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5g/dL bagi wanita dan 13.5g/dL bagi lelaki

6. Telah mengambil makanan sebelum derma darah

7. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

8. Tidak mengandung, tidak datang haid dan tidak menyusukan anak bagi penderma wanita

Anda tak boleh menderma darah buat sementara waktu sekiranya:

1. Demam

2. Sembuh dari jangkitan virus denggi kurang dari 6 bulan

3. Mengambil sebarang ubat antibiotik dalam masa 2 minggu sebelum menderma darah (sekiranya ada mengambil ubat lain, sila maklumkan kepada staf)

4. Minum minuman beralkohol hingga memabukkan dalam masa 24 jam lepas

5. Telah menerima sebarang vaksinasi dalam masa 3 minggu lepas

6. Mengalami keguguran kandungan dalam masa 6 bulan lepas

7. Menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan lepas

8. Telah bertindik, bertatu, akupuntur atau berbekam darah dalam masa 6 bulan lepas

9. Menerima rawatan transfusi darah kurang dari 6 bulan lepas

Anda dinasihatkan untuk tidak menderma darah sekiranya anda:

1. Mempunyai penyakit darah tinggi dan diabetes yang ada komplikasi

2. Mempunyai penyakit asma (lelah) yang kerap

3. Mempunyai penyakit jantung

4. Mempunyai penyakit sawan (epilepsi)

5. Mempunyai penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin (gonorrhea, chlamydia dan syphilis) hepatitis dan HIV

6. Pernah tinggal di United Kingdom atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih

7. Pernah tinggal di Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih

8. Pernah mengamalkan cara hidup berisiko tinggi sama ada suatu ketika dahulu mahupun sekarang:
– hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
– hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (bi-seksual)
– hubungan jenis dengan pekerja seks komersial
– mengambil dadah secara suntikan
– menjadi pasangan kepada golongan di atas

9. Mahu menguji darah anda berpenyakit atau tidak

Paras bekalan darah negara ketika ini:

Di mana anda boleh menderma darah?

Kelebihan menderma darah:

Rumusan

Semua maklumat kami dah bagi. Kelebihan menderma darah pun tinggi juga selain dapat membantu orang lain.

Jadi jika anda layak menderma darah, jom pergi ke lokasi-lokasi tertera di atas untuk menderma darah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN