Selepas perpindahan keluar beberapa pemain elit, dimulai dengan Cristiano Ronaldo pada musim panas 2018, diikuti Sergio Ramos dan Lionel Messi pada musim panas lalu, terdapat kerisauan La Liga mungkin tidak kompetitif seperti dulu lagi.
Di sebalik perpindahan keluar nama-nama besar dari liga domestik Sepanyol itu ialah kemampuan kelab-kelab La Liga beralih kepada bakat-bakat muda untuk mulai mengemudi pasukan masing-masing.
Pedri started 40 out of 54 games for Barcelona, and he missed only one minute in EURO 2020.
He started the full 90 minutes in the first two games of Spain's Olympic run, and the first rest he got was with 17 minutes to go in the third game 😳 pic.twitter.com/S9PiUlePRp
— B/R Football (@brfootball) July 28, 2021
Antara pemain muda yang sudah mulai mencipta nama bersama kelab masing-masing adalah seperti Pedri, Ansu Fati, Vinicius Junior dan Jules Kounde.
Pedri misalnya adalah pemain dengan nilai pasaran tertinggi di La Liga buat masa ini. Pemain itu mempunyai nilai €80 juta diberikan oleh Transfermarkt. Merupakan pemain utama La Roja di Euro 2020, dan anggota skuad Olimpik yang mara ke perlawanan akhir sebelum tewas kepada Brazil di Tokyo, Pedri adalah pemain harapan Ronald Koeman dan tunjang skuad Barcelona pasca Messi..
Pentas La Liga nanti Ansu Fati
Pedri bukan satu-satunya pemain muda bertaraf bintang di Barcelona. Kecederaan telah menyebabkan Ansu Fati terlepas hampir keseluruhan kempen musim 2020/21.
Tetapi Barcelona yakin kini tiba masanya pemain muda, Ansu Fati kembali ke dalam pasukan untuk turut sama mengemudi projek yang dilaksanakan Koeman untuk membina Barcelona yang baharu.
Big boots to fill ✨ @ANSUFATI pic.twitter.com/AaUWbAB7l2
— 433 (@433) September 1, 2021
Bukan sahaja di Barcelona. Atletico Madrid turut menyandarkan harapan kepada pemain seperti Joao Felix untuk menampilkan potensi sebenarnya pada musim ini.
Didatangkan dengan nilai €127.2 juta pada 2019, Felix adalah pelaburan terbesar oleh Los Rojiblancos sejak beberapa tahun lalu.
⌛️TIC, TAC#JoaoFelix #Atleti #Vuelveel7delAtleti pic.twitter.com/U28xB4Ue4K
— Foro Atlético (@Foro_Atletico) September 7, 2021
Begitu juga keadaannya di Real Madrid. Walaupun beberapa muka lama seperti Karim Benzema dan Gareth Bale masih menjadi pemain harapan skuad Carlo Ancelotti, penampilan penyerang muda Brazil, Vinicius pada permulaan musim 2021/22 ini amat memberangsangkan.
Deretan bintang baharu
La Liga turut tidak ketandusan bakat muda berpotensi untuk ditampilkan. Selepas gagal dengan perpindahan ke Chelsea, Jules Kounde dijangka akan terus mengetuai bahagian pertahanan Sevilla sepanjang musim ini.
Di Barcelona, gandingan Ronald Araujo dan Eric Garcia berpotensi menjadi antara gandingan bek tengah terbaik dunia – sama seperti yang pernah dihasilkan oleh gandingan Carles Puyol dan Gerard Pique satu ketika dahulu.
Nacho Fernandez🇪🇸vs Jules Konde🇫🇷stats in La Liga (20/21)#RealMadridSevillaFC #LaLiga
(via: @WhoScored) pic.twitter.com/vC9M8ITIw9
— Football Zone (@ftblzone_) May 9, 2021
Hari terakhir jendela perpindahan yang lalu turut menyaksikan Real Madrid berjaya menambat salah seorang pemain tengah muda terbaik di Eropah. Eduardo Camavinga yang turut dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini kini bersedia untuk tampil sebagai salah seorang pemain berstatus elit di bahagia tengah kesebelasan utama Los Blancos.
Bukan itu sahaja. Malah pasukan seperti Real Sociedad turut boleh berbangga dengan rangkaian tiga penyerang muda mereka iaitu Alex Isak, Ander Barrenetxea dan Martin Zubimendi.
✍ OFFICIAL ANNOUNCEMENT| @Alex_Isak renews until 2026 💙#Isak2026 | #AurreraReala pic.twitter.com/HkZDqivDTv
— Real Sociedad 🇺🇸 🇬🇧 (@RealSociedadEN) July 1, 2021
Beberapa pemain lain seperti Sergio Dest di Barcelona; dan Yeremi Pino turut memiliki kualiti untuk bergelar pemain elit suatu hari nanti.
La Liga mungkin telah kehilangan seri selepas kehilangan beberapa pemain nama besar sejak beberapa musim yang lalu. Tetapi dari segi bakat muda, La Liga masih kekal sebagai salah satu pertandingan yang wajar diberikan perhatian.