Derby County Benarkan Chelsea Buka Pintu Rundingan Dengan Frank Lampard

Derby County telah memberi kebenaran kepada Chelsea melakukan rundingan bersama Frank Lampard untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di Stamford Bridge.

Sky Sports melaporkan Chelsea telah bersetuju untuk membayar pampasan berjumlah £4 juta sebagai tebusan kepada kontrak Lampard bersama Derby.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 31: Frank Lampard, Manager of Derby County gives his team instructions during the Carabao Cup Fourth Round match between Chelsea and Derby County at Stamford Bridge on October 31, 2018 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Lampard merupakan pilihan utama untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Maurizio Sarri selepas jurulatih dari Itali itu memilih untuk menyertai Juventus, selepas semusim bersama Chelsea.

Melalui satu kenyataan rasmi daripada Derby, kelab tersebut berkata:

“Kelab bola sepak Derby County telah mengesahkan kebenaran telah diberi kepada Chelsea untuk berunding dengan Frank Lampard, untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di Stamford Bridge.

“Dengan pra musim akan tiba tidak lama lagi, kedua-dua kelab berharap Chelsea boleh menyelesaikan urusan ini secepat mungkin.

“Pihak kelab [Derby County] tidak akan memberikan sebarang komen sehingga ianya sesuai untuk berbuat demikian.”

LONDON, ENGLAND – MAY 27: Frank Lampard, Manager of Derby County gives his team instructions during the Sky Bet Championship Play-off Final match between Aston Villa and Derby County at Wembley Stadium on May 27, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Lampard cemerlang bersama Derby County pada musim pertama beliau bergelar pengurus. Musim lalu, Lampard berjaya mengemudi The Rams ke perlawanan akhir Championship play-off sebelum dikecewakan oleh Aston Villa.

Lampard menjuarai tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan satu kejuaraan UEFA Champions League (UCL) ketika masih bersama Chelsea sebagai pemain – dan dianggap legenda di kalangan penyokong tegar The Blues.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN